KL TOWER BUFET RAMADAN : ' CITARASA ASLI DARIPADA DATO' CHEF ISMAIL ' & PERTANDINGAN MEMASAK BUBUR LAMBUK 2023 !!
Assalammualaikum & Salam Manis.....
Bersempena dengan bulan puasa yang bakal tiba, Menara Kuala Lumpur akan mengadakan Bufet Ramadan tahun ini dengan bertemakan ‘Citarasa Asli daripada Dato’ Chef Ismail’ bermula pada 25hb Mac hingga 19hb April 2023, mulai jam 6.30 petang hingga 9.30 malam di Megaview Banquet Hall, Menara Kuala Lumpur.
Juga istimewa pada tahun ini adalah, Menara Kuala Lumpur akan memberikan tiket lawatan ke SKY DECK secara PERCUMA kepada para tetamu Bufet Ramadan (harga asal RM71.00 seorang).
Kita semakin menghampiri Ramadan Al-Mubarak 1444 Hijrah dan berbuka puasa di tempat yang indah dan sajian yang enak pasti menjadi impian. Salah satu tempat yang sering menjadi pilihan dan popular untuk berbuka puasa di tengah-tengah kota Kuala Lumpur ini ialah Menara Kuala Lumpur. Jom Ayie cerita yang menarik berbuka puasa di Menara Kuala Lumpur Ramadan kali ini......
Istimewa tahun ini adalah, Menara Kuala Lumpur akan kembali berkolaborasi bersama chef selebriti terkenal Malaysia iaitu Dato’ Chef Ismail, setelah kejayaan Bufet Ramadan Menara Kuala Lumpur bersama beliau pada tahun 2015 dan 2016, tahun ini Dato’ Chef Ismail kembali di Menara Kuala Lumpur dan pastinya beliau akan menyajikan pelbagai jenis sajian asli tempatan dan antarabangsa yang lazat dan menyelerakan.
Antara menu istimewa yang disediakan oleh Dato’ Chef Ismail di Menara Kuala Lumpur adalah Kambing Bakar, Ikan Bakar Daun Pisang, Siakap 3 Rasa, Nasi Briyani, Daging Masak Hitam dan banyak lagi menu menarik. Di samping pelbagai menu-menu asli tempatan yang sering kita nak makan waktu berbuka. Dodol pun ada !! tak sabar nak beraya... hehehe
Sambil menikmati juadah berbuka di ketinggian 288 meter, para pengunjung juga dapat melihat panorama bandaraya Kuala Lumpur yang sangat indah pada waktu matahari terbenam ‘sunset’ dan juga pada waktu malam. Bukan itu sahaja, sambil menikmati juadah berbuka puasa yang enak, para pengunjung juga akan dihiburkan oleh kumpulan muzik dari Menara Kuala Lumpur iaitu ‘The Sky Band’. Mereka akan membuat persembahan untuk memeriahkan suasana iftar setiap hari.
Bagi Bufet Ramadan tahun ini, Menara Kuala Lumpur menawarkan harga RM209.00 untuk dewasa dan RM159.00 untuk kanak-kanak, pada Hari Biasa (iaitu Isnin hingga Jumaat). Manakala, pada Hari Minggu (iaitu Sabtu, Ahad dan Cuti Umum), harga yang ditawarkan adalah RM229.00 untuk dewasa dan RM179.00 untuk kanak-kanak.
Jangan ketinggalan untuk merebut tawaran istimewa dan rasai kelainan berbuka puasa di puncak Menara Kuala Lumpur pada tahun ini dengan ‘Citarasa Asli daripada Dato’ Chef Ismail’!
Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan pada tahun ini, iaitu Masjid/Surau, Hotel/Restoran dan Terbuka. Pertandingan ini juga terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang sahaja.
Ianya juga terbuka kepada 30 kumpulan terawal yang mendaftar selewatnya pada 15hb Mac 2023. Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM9,000.00 berserta hamper dan lapan tiket ke Sky Deck Menara Kuala Lumpur menanti pemenang!
Pada masa yang sama, sebagai salah satu aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat, bubur lambuk yang telah dimasak akan diagihkan ke rumah-rumah anak yatim dan asnaf sekitar Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Menara Kuala Lumpur ditalian :
03-2020 5499
Facebook : https://www.facebook.com/officialmenarakl
Instagram @menarakl
Twitter @menara_kl
Tiktok @menarakl.
Jumpa anda di Menara Kuala Lumpur pada bulan Ramadan ini!
SUKACITA,
AYIE.
Comments
Post a Comment