PEMBUKAAN MM BISTRO PENANG NASI KANDAR DI PUNCAK ALAM & MENU RAHMAH JUGA TERSEDIA !!!
Assalammualaikum & Salam Manis....
Restoran MM BISTRO PENANG NASI KANDAR kini di buka di Puncak Alam dan sedia menanti kunjungan penggemarnya. Restoran nasi kandar sudah sinonim dengan kita rakyat malaysia tak kira bangsa dan agama dan sering menjadi pilihan untuk mengisi perut, lepak dengan kawan-kawan, tengok bola dan juga cukup sekadar pekena teh tarik sambil sembang-sembang.
Selamat dirasmikan semalam oleh Dato' Penggawa Permatang Paduka Maha Bijaya Orang Besar Daerah Kuala Selangor, Dato' Mohamad Yaacob Bin Dato' Ismail bersama Tuan Haji Yunus Bin Tasim, Pegawai Tugas-ugas Khas kepada YB Dato' Seri Salahuddin Bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, pemilik restoran Datuk Wan Noor Rizal Bin Ali dan dif-dif kehormat yang lain. Majlis perasmian juga meriah dengan kehadiran tetamu sekitar 700 orang.
Pembukaan Restoran MM Bistro Penang Nasi Kandar ini memeriahkan lagi pilihan tempat makan di Puncak Alam lebih-lebih lagi lokasi restoran ini yang terletak berhampiran dengan pusat pendidikan UITM serta perumahan penduduk. Restoran yang luas, bersih dan selesa untuk menjamu selera.
MENU RAHMAH !!!
Menyahut saranan Kerajaan Malaysia Madani, MM Bistro Penang Nasi Kandar turut memperkenalkan Menu Rahmah Nasi Kandar mereka iaitu sepinggan nasi bersama ayam goreng, sayur dan pastinya dengan kuah kari serta air sirap sebagai minumannya. Cukup memberi rahmah dengan harga RM 5.90.
Apa lagi... jom lepak mamak di Restoran MM Bistro Penang Nasi Kandar dan mesti makan nasi kandar dengan ramuan istimewa khas dari Pulau Pinang. Nasi Dalca mereka juga istimewa dan paling penting Roti Canai Terbang serta Roti Canai Pelbagai Negara ada dalam menu restoran ini. Jangan lupa pi oder Teh Tarik MM Bistro Penang Nasi Kandar yang menggunakan serbuk teh special juga dibawa khas 'Pineng mari ' !!!!
Cakap banyak tak mau, hang mai sini makan di Restoran MM Bistro Penang Nasi Kandar. Mereka dah siap sedia menanti kunjungan semua.... Komferm nak lagi !!!!!
RESTORAN MM BISTRO PENANG NASI KANDAR
23, PERSIARAN HILL PARK, PUNCAK ALAM, SELANGOR
Di buka setiap hari 7 pagi hingga 2 pagi
Waktu puasa : bermula 12 tgh hari
SUKACITA,
AYIE.
Comments
Post a Comment