BOB ROCK MENYANTUNI ANAK YATIM RUMAH AMAL AL FIRDAUS SEMPENA RAMADAN INI.
Assalammulaikum & Salam Manis.....
Bob Rock Clothing dengan usaha sama Plaza Shah Alam dan beberapa lagi Pertubuhan NGO yang terlibat memberikan kegembiraan kepada anak-anak yatim Rumah Amal Al Firdaus seramai 45 orang yang terdiri daripada kanak-kanak berumur dari 1 tahun hingga 6 tahun pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Aidilfitri. Seronok melihat anak-anak comel ini menjamu selera dan dapat duit raya.
Anak-anak yatim ini menarik perhatian dengan kecomelan dan keletah manja mereka yang gembira diraikan dan diharap ia menjadi kenangan manis untuk mereka semua.
Layari juga website mereka di : - https://www.bobrock.com.my/
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI....
SUKACITA,
AYIE.
Comments
Post a Comment