Bagaimanakah MILO® dihasilkan?’ - MILO® Jawab Soalan Cepumas dengan Trak Imersif 360° MILO® Goodness yang Pertama Di Dunia!

Assalammualaikum & Salam Manis......

Anda sarapan minum apa hari ni? Minum Milo ke ? Milo memang menjadi minuman kegemaran rakyat Malaysia tak kira umur dan bangsa. Sangat ramai yang suka minum Milo. Tapi tahukah kita bagaimana Milo dihasilkan? Kita tidak boleh melawat kilang Milo untuk melihat proses pembuatan Milo tetapi pihak MILO akan membawakan sebuah trak yang membolehkan kita tahu tentang kebaikan Milo!

Pada 25 Julai 2023 yang lalu dan bertempat di kilang MILO di Chembong Negeri Sembilan, MILO®, telah melancarkan Trak Imersif 360° MILO® Goodness yang pertama di dunia, bertujuan untuk mendidik rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat mengenai kebaikan bahan-bahan semula jadi yang terdapat di dalam setiap cawan harian MILO® kita. 

Dengan campuran unik malt barli, susu, koko, serta kombinasi 6 vitamin dan 3 mineral, MILO® telah menjadi minuman malt coklat kesayangan negara. Trak MILO® Goodness akan mendedahkan rahsia di sebalik minuman ikonik tersebut dan mempamerkan kebaikan nutrisinya. 

Pengunjung berpeluang mempelajari tentang resipi asal MILO® dan merasakan teknik penyediaan yang menyumbang kepada rasa malt coklat yang tersendiri. Trak MILO® Goodness ini adalah lain dari yang lain kerana ia memberikan pengalaman 360° sepenuhnya. Penggunaan unjuran digital, cahaya atmosfera, dan efek bunyi-bunyian merenjat setiap deria yang ada lantas membawa pengunjung ke dalam dunia MILO®. Pengunjung dapat mengejutkan setiap deria dengan mengalami bauan aromatik, sentuhan, dan rupa MILO® secara langsung.

Berucap ketika pelancaran Trak MILO® Goodness hari ini, Encik Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, "Sebagai sebuah jenama yang amat dihargai oleh rakyat Malaysia sejak 70 tahun dahulu, saya begitu teruja untuk membawa misi ini ke jalanan melalui jelajah Trak MILO® Goodness yang akan menjawab soalan paling utama - Bagaimanakah MILO® dihasilkan? Melalui inisiatif ikonik ini, kami membawa khasiat, kegembiraan, dan tenaga kepada setiap komuniti dengan seteguk MILO® pada satu masa.

Oleh itu, sekiranya anda melihat trak MILO ini, jangan lupa masuk dan ketahui banyak info tentang MILO!

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web MILO® Malaysia di www.milo.com.my.


SUKACITA,


AYIE.


Comments

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

KG JKIN RESORT : APA CITER ATV TERMURAH & HIKING KE KAWASAN MAHLUK HALUS ??!!