NATURA CAMPGROUND : TEMPAT PERKHEMAHAN BEST DI BENTONG PAHANG !!!

 Assalammualaikum  &  Salam  Manis........


Korang suka berkhemah atau bercamping ? Di mana tempat yang selalu korang pergi untuk camping? 

Aktiviti berkhemah sambil menghayati keindahan alam semesta semakin popular. Ramai warga bumi memilih menghabiskan hujung minggu dengan berinteraksi bersama alam di tanah Malaysia yang indah ini dan aktiviti perkhemahan selalu menjadi pilihan.


Okay, tak perlu intro panjang, Ayie dengan sukacitanya nak cerita tentang satu tempat perkhemahan bernama NATURA CAMPGROUND di Bentong, Pahang. Dengan teknologi sekarang, Waze dan Google Map je, sampai la kita. Lokasi Natura Campground memang jauh ke dalam dari jalan besar dan sunyi dari hiruk pikuk dunia.

NATURA CAMPGROUND adalah satu tempat yang menawarkan tapak perkhemahan dan kolam mandi-manda untuk pengunjungnya. Tempat ini ibarat satu lembah di dalam hutan yang ada kawasan perkhemahan, chalet penginapan, air terjun dan kolam mandi yang lengkap dengan kemudahan asas seperti tandas, bilik mandi, dewan dan surau. 



PERKHEMAHAN DI NATURA CAMPGROUND

Tapak perkhemahan di Natura Campground terbahagi kepada 4 tapak iaitu :

Campo Zone ( 20 tapak)
Alto Zone ( 8 tapak)
Pool Zone ( 5 tapak)
Lato Zone ( 8 tapak)



Waktu Ayie berkunjung ke sini, memang ramai pengunjung yang berkhemah dan mandi-manda. Pengalaman Ayie bermalam di Natura Campground seronok walaupun Ayie memilih untuk bermalam di chalet yang disediakan. Mungkin di lain waktu jika ke sini lagi, Ayie akan berkhemah pula.







Biasanya campers yang berkhemah di sini membawa sendiri peralatan mereka tetapi pihak Natura Campground ada menyediakan kemudahan sewa peralatan perkhemahan. 

Bayaran RM70 sehari dikenakan untuk sewa tapak perkhemahan manakala untuk pengunjung yang hanya mahu mandi-manda sahaja bayarannya adalah RM10 dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.

MANDI-MANDA DI NATURA CAMPGROUND

Ada 3 tingkat kolam mandi yang sesuai untuk semua peringkat umur kanak-kanak dan dewasa. Lebih menarik, air yang mengalir ke kolam tersebut adalah air bukit dan tiada klorin. Airnya pula sejuk gilerrrrr. Ada juga air terjun cuma tak berapa menarik mungkin sebab waktu Ayie pergi ke sana, airnya kurang. Beberapa pondok juga disediakan untuk kemudahan pengunjung.






BERMALAM DI NATURA CAMPGROUND

Selain berkhemah, kita juga boleh bermalam di Natura dengan tidur di chalet yang disediakan. 

HOBBIT CHALET             : 10 Unit ( RM100 semalam )
COLLINA CHALET            : 2 Unit ( RM200 semalam )
CASA ALBERTO CHALET   : 1 Unit ( RM300 semalam )



Ayie bermalam di Collina Chalet yang lengkap dengan toilet di dalam dan katil queen. 

Aktiviti semasa perkhemahan seperti bbq boleh dilakukan dan pengunjung perlu membawa makanan sendiri kerana hanya jajan-jajan ringan yang dijual di sini.

Sedikit info tentang Natura Campground, tempat ini dimiliki oleh Dato' Seri Hajjah Siti Murni Dato' Seri Sheikh Ahmad yang merupakan CEO Syarikat Ghullam Development Sdn. Bhd.

Selain memiliki beberapa cabang perniagaan, Syarikat Ghullam Development Sdn. Bhd. juga merupakan syarikat yang mengelolakan Program I-Kembali iaitu program yang memberikan peluang kedua dan peluang pekerjaaan untuk bekas banduan, orang diparol dan ia diselia oleh jabatan penjara. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program ini boleh layari https://i-kembali.com.my/



Pengalaman Ayie bermalam dan mandi-manda di NATURA CAMPGROUND menarik dan puas hati dan rasa selamat walaupun berada di dalam hutan. Oleh itu, para-para campers yang lain, masukkan Natura Campground dalam list korang ya...

NATURA CAMPGROUND

Lot PT666 Ulu Semie, Kg Shafie Manchis, Bentong, Malaysia

Tempahan untuk bermalam di Natura Campground, boleh hubungi mereka di :-

Email : naturacampground@gmail.com
WhatsApp : 016-449 4354
Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=100090404944786
Instagram : https://www.instagram.com/natura_campground/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@naturacampground


SUKACITA,

AYIE

Comments

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

KG JKIN RESORT : APA CITER ATV TERMURAH & HIKING KE KAWASAN MAHLUK HALUS ??!!