BERCUTI DI FELDA RESIDENCE HOT SPRING YANG MENAWARKAN PERKHIDMATAN DAN KESELESAAN TERBAIK !!

 Assalammualaikum & Salam Manis... 

Sukacita Ayie nak berkongsi satu lagi tempat bercuti, istirahat dan healing-healing yang best dan terbaik yang ada di Negeri Perak Darul Ridzuan iaitu Felda Residence Hot Springs.

TARIKAN UTAMA : KOLAM AIR PANAS !

Dari namanya, kita akan tahu yang resort ini kepunyaan Felda dan wujud kolam air panas di dalamnya. Ya, kolam air panas memang sangat popular di sini dan menjadi tarikan utama pengunjung selain penginapan dan aktiviti lain yang ditawarkan oleh Felda Residence Hot Springs.


Percutian anda akan semakin mengujakan apabila mandi di kolam air panas yang terletak di tengah-tengah kawasan hutan yang tenang dan subur, dikelilingi oleh bukit-bukau serta aliran gunung dan sungai yang jernih dan sejuk. 


Bayangkan kita berendam di kolam mandi air panas mengalir dan di taman terapeutik yang direka khas di kaki bukit Banjaran Titiwangsa. Syok nya! Memberi ketenangan untuk percutian terapeutik alam semulajadi yang kita inginkan. Bermula awal pagi hingga 10 malam pengunjung sudah boleh menikmati kolam air panas ini. Puas ayie and the gang mandi dan terasa segar kembali badan ini. Cewah.... 




Nak lebih privasi, jom nikmati mandian panas jakuzi yang lebih tertutup dengan harga rm80 sejam. Baru feeling-feeling macam orang kaya gitu...



Ada yang panas, mesti ada yang sejuk. Oleh itu muncul lah kolam mandi air sejuk. Luas dengan air gunung yang sejuk dan dua gelongsor air yang menarik menambahkan lagi keseronokkan mandi-manda di resort Felda ini. Kolam mandi untuk kanak-kanak yang ceria juga menanti kita untuk membawa anak-anak yang memang suka aktiviti basah-basah ini. 






Lapar? Iya, paham bila dah mandi-manda ni rasa mudah lapar maka hadirlah cafe Tempayan untuk mengisi perut. Pelbagai makanan dan minuman terhidang menanti pembelinya. Makanan dan minuman luar tak dibenarkan dibawa masuk ya. Standard peraturan dimana-mana permandian berbayar.

Satu lagi aktiviti yang popular di Felda Residence Hot Springs ini mestilah merebus telur. Merebus telur di dalam air panas semulajadi ini memberi rasa yang berbeza dari air panas biasa. Tak tau macam mana nak habaq rasanya, korang cuba la sendiri. Pilihlah nak kematangan telur level apa ikut selera masing-masing. Kalau nak separuh masak, rebus 3 minit pastu makan dengan lada sulah dan kicap. Harganya 1 set semangkuk ada 4 biji telur besar dan bersih.




**** Kolam Air Panas dan sejuk dibuka untuk pengunjung luar yang ingin mandi-manda dengan harga RM 18 dewasa & RM 15 kanak-kanak.

PENGINAPAN : BILIK & VILLA

Terdapat 64 unit bilik hotel dan 18 unit Villa tersedia di Felda Residence Hot Springs. Bilik hotel jenis Deluxe room dan villa pula mempunyai 1,2,3 & 6 bilik tidur. Katil king atau twin sharing. Lengkap dengan fasiliti seperti tv, Astro, pengering rambut dan seterika. 





Setiap villa mempunyai ruang tamu, dapur dan yang lebih best ialah jakuzi sendiri. Buka pintu bilik, jakuzi depan mata. Enjoy ! 







**** Tetamu yang menginap di resort layak untuk mandi-manda di kolam air panas dan sejuk dengan percuma ! ( T&C apply )

LAIN-LAIN FASILITI : ANIMAL VILLAGE, SPA VILLA CINTAMI &                                                FUNCTION ROOMS.

Selain mandi-manda dan bermalam, di Felda Residence Hot Springs ini juga ada tarikan lain yang menarik iaitu Animal Village. Ayie tak sempat masuk untuk melihat apa yang ada tetapi Animal Village ini pasti seperti mini zoo yang lebih kepada haiwan-haiwan ternakan didalamnya. Masuk berbayar dan kalau korang dah masuk, boleh bagi tahu Ayie macam mana rupanya ya...

Rilek kan diri di Spa Villa Cintami pasti menjadi pilihan yang bagus untuk mengisi masa santai anda. 



Untuk sebarang acara korporat, majlis perkahwinan, mesyuarat, seminar dan sebagainya, Felda Residence Hot Springs bersedia menjadi lokasi acara penting anda. Baru-baru ini perkhemahan 3 hari 2 malam komuniti Naturehike Outdoors Camping Malaysia Mega Gathering 2023 telah dengan jayanya berlangsung di Felda Residence Hot Springs.

FELDA RESIDENCE HOT SPRINGS,

Felda Sungai Klah,

35600 Sungkai, Perak.

05 - 4388808 / 05 - 4388801

sales.frhs@feldaresidence.com

www.feldaresidences.com

FB : frhotspringsperak  IG : kumpfeldaresidence  

TikTok : @feldaresidence

Okay, nak bercuti, moh la kita ke Felda Residence Hot Springs. Ate teman pun rasa nak datang lagi lain kali.. Selamat Datang!


SUKACITA,

AYIE.








Comments

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

KG JKIN RESORT : APA CITER ATV TERMURAH & HIKING KE KAWASAN MAHLUK HALUS ??!!