FILEM FANNA TEMUI PENONTON DENGAN AKSI PERMOTORAN & MAFIA !!

 Assalammualaikum & Salam Manis....

Bermula 28 September 2023 ini, jom tonton filem Fanna di seluruh pawagam tanah air.

Filem yang diterbitkan oleh JAGUAR LIM FILMS ini membawa kelainan dengan mempamerkan aksi dunia pemotoran dalam kalangan wanita dan gangsterisme yang berkonsepkan mafia. 

Filem yang diterbitkan oleh JAGUAR LIM FILMS & PRODUCTION (M) SDN BHD serta edaran METROWEALTH menzahirkan setinggi ucapan terima kasih dan menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) MELALUI PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA FINAS) ATAS DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD) demi memastikan FILEM FANNA dapat menemui penonton di pawagam dengan jayanya.

Pelakon hebat seperti Syafie Naswip, nama yang tidak asing lagi dalam Industri Filem Tanah Air teruja apabila dipilih sebagai peneraju utama dan bergandingan bersama Fify Azmi, pelakon wanita yang mempunyai kemahiran melakukan babak aksi. Filem ini turut menampilkan Colleen Rosanna Augustin, Rashid Salleh, Andy Black Tan dan ramai lagi.


SINOPSIS

Apa lagi, mari saksikan filem Fanna yang berkisarkan tentang Fanna, seorang gadis yang menghidap kanser, menemui cinta pertamanya dengan anak ketua kongsi gelap, Shafik. Malangnya cinta mereka mula berputik di penghujung nyawa Fanna apabila kansernya menyerang dengan lebih ganas. Shafik yang menyedari dia telah jatuh cinta kepada Fanna berusaha menyelamatkan diri daripada dibunuh akibat pergaduhan kongsi gelap yang tercetus. Keadaan menjadi lebih parah apabila Black, adik kepada ketua kumpulan saingan itu dibunuh sewaktu Shafik cuba menyelamatkan Fanna daripada diculik oleh Black. Menyedari bahaya yang menanti, Shafik dan Fanna melarikan diri ke tempat persembunyian di luar negara.


KOMEN AYIE :

Adegan jatuh cinta dalam filem Fanna ni akan buat korang rase berbunga-bunga. Antara nikmat dunia ialah jatuh cinta. Walaupun seganas-ganas ko, bila dah jatuh cinta dunia terasa indah belaka. Manis sangat awal percintaan Fanna dan si gengster Syafik. Terbuai kita menengoknya. Bab bergaduh lawan-lawan dalam filem melayu semakin nampak betul dan realistik. Ayie suka dengan watak Syafik yang macho dan ada gaya maskulin mafia tu. Cuma ada beberapa adegan yang kurang kemas dan tergantung. Apapun kisah percintaan awek motor dan mafia ini layak ditonton.

Pihak penerbit filem Fanna mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan yang diberikan secara langsung mahupun tidak langsung dari semua pihak terutamanya media cetak, media elektronik, rakan blogger, serta penggiat filem tempatan. Oleh itu, pihak penerbit menyeru semua penonton untuk menyaksikan filem Fanna di pawagam pada 28 SEPTEMBER 2023!

Sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Filem Fanna di https://fannamovie.com/

Selamat Menonton !!

SUKACITA,

AYIE.


Comments

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

KG JKIN RESORT : APA CITER ATV TERMURAH & HIKING KE KAWASAN MAHLUK HALUS ??!!