Lyf ROYAL CHULAN HOTEL TERBARU DI KUALA LUMPUR YANG PASTI MEMIKAT HATI !!

 Assalammulaikum  &  Salam manis..

Ada satu hotel baru yang Ayie nak kongsi dengan korang iaitu hotel Lyf Raja Chulan yang terletak di Pusat Bandar Kuala Lumpur, dan lokasi Lyf Raja Chulan adalah salah satu kawasan yang strategik yang menghubungkan ke mana-mana tempat menarik di kuala lumpur ini.



Hotel 12 tingkat ini berada dalam jarak 10 minit berjalan kaki ke Pasar Seni dan Stesen LRT Masjid Jamek. Sangat dekat dengan Muzium Telekom dan Taman Eko Rimba Kuala Lumpur. Jalan depan lagi boleh sampai ke Menara Kuala Lumpur.


Lyf Raja Chulan menawarkan 104 unit penginapan  dengan rekaan  artistik, dari One of a Kind(studio) hingga Alltogether (4-Bilik Tidur) untuk dipilih oleh tetamu. Unit penginapan yang bersih, cantik dan menarik. 














Juga, banyak kemudahan yang di sediakan. Antaranya cafe, gim, laundry dan banyak ruang terbuka untuk anda bekerja dan bersantai, menjalankan persidangan dan mesyuarat, serta berkumpul atau sekadar lepak-lepak dengan member.









Lyf Raja Chulan, hotel terbaharu dalam koleksi hotel dan kediaman The Ascott Limited melancarkan 'Kuala Lumpur Comes A-lyf', kempen pelancongan selama setahun yang memberi tumpuan kepada warisan budaya yang kaya di Malaysia. Kempen ini bertujuan untuk menyemarakkan lokasi warisan Kuala Lumpur dengan menganjurkan pelbagai acara bertema dan kebudayaan untuk menarik minat pelancong tempatan dan antarabangsa di Lembah Klang.


Lyf Raja Chulan telah mencetuskan idea yang bernas untuk memulakan kempen yang menyeronokkan dan interaktif ini, bukan sahaja untuk mempamerkan budaya, seni, dan tradisi negara tetapi juga untuk membantu peniaga tempatan yang bakal menyertai acara-acara yang dirancang bagi mempromosikan produk mereka dan mencipta peluang ekonomi.

Lyf Raja Chulan menjemput mereka yang gemar meneroka Kuala Lumpur, tidak kira dari mana asalkan mereka mempunyai semangat untuk mengembara. Pelancong atau penduduk tempatan yang gemar mengunjungi Chinatown, Pasar Seni, dan Bukit Bintang pasti akan teruja kerana semua lokasi ini berdekatan dengan hotel tersebut. Kempen ini akan mempromosi tarikan tempatan di Kuala Lumpur, membolehkan pelancong menikmati dan mendidik diri mereka sendiri tentang tradisi dan budaya Malaysia melalui aktiviti, persembahan, makanan, dan ceramah. Pelancong yang menitikberatkan aspek keselamatan, keselesaan, kebersihan, dan ruang perkongsian semasa melancong pasti akan menikmati Lyf Raja Chulan kerana mereka mengekalkan prinsip kebersihan yang baik.


'Kuala Lumpur Comes A-lyf' ini bakal memberi manfaat bukan sahaja kepada industri pelancongan tetapi juga meningkatkan perniagaan kecil tempatan seperti penjaja jalanan, restoran, muzium, agensi pelancongan, dan banyak lagi serta peluang untuk pelancong tempatan dan antarabangsa merasai pengalaman bandar dengan menerokai permata yang tersorok di Kuala Lumpur. Kempen ini juga bertujuan untuk mempromosikan banyak permata tempatan yang terletak di kawasan bukan komersial yang dipenuhi dengan lebih banyak budaya, tradisi dan warisan.


lyf Raja Chulan

No 13, Jalan Raja Chulan

50250 Kuala Lumpur.


Untuk pertanyaan dan tempahan, hubungi +603 2718 6788 atau email kl@the-ascott.com


Oleh yang demikian, Selamat datang ke lyf Royal Chulan dan nikmati hari indah anda di sana...


SUKACITA,


AYIE.




 

Comments

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

KG JKIN RESORT : APA CITER ATV TERMURAH & HIKING KE KAWASAN MAHLUK HALUS ??!!