NATUREHIKE OUTDOORS CAMPING MALAYSIA MEGA GATHERING 2.0 : PERKHEMAHAN GLAMPING YANG SEMAKIN POPULAR!!

 Assalammualaikum & Salam Manis....

Sambutan kemerdekaan ke 66 tahun kali ini Ayie sambut dengan menyertai perkhemahan beramai-ramai Naturehike Outdoors Camping Malaysia Mega Gathering 2 ( NOCM MEGATG 2 ) di Felda Residence Hot Spring pada 31 0gos hingga 2 Ogos 2023. 

Perkhemahan NOCM MEGATG 2 yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini disertai seramai 300 peserta dari komuniti Naturehike Outdoors Camping Malaysia ( NOCM ) dan terselit lah Ayie dan kawan-kawan media yang lain di situ. Walaupun khemah kami tak se-gah khemah-khemah peserta Naturehike yang lain, tapi pengalaman berkhemah glamping bersama mereka menjadi satu moment yang indah dan menyeronokkan.

Viral kini rakyat Malaysia ramai yang menyukai bercuti secara perkhemahan. Tak kira lah berkhemah cara hardcore, santai-santai dan glamping, berkhemah boleh menghubungkan kita dengan alam semulajadi, menghirup udara segar dan mencipta memori indah lebih-lebih lagi bila perkhemahan ini bersama keluarga atau insan-insan yang disayangi. 


Kajian Tourism Malaysia menunjukkan perkhemahan keluarga secara glamping sudah mencapai satu tahap yang memberansangkan pasca pandemik covid 9. Ianya berkembang sebagai fenomena percutian secara perkhemahan dengan pelbagai aksesori terkini untuk menjadikan percutian secara ini sangat selesa dan selamat. Permintaan sebegini juga akan jadikan pihak pengusaha aktiviti ini atau supply berkembang.




Berbalik kepada NOCM MEGATG 2, perkhemahan glamping ini menghimpunkan peserta NOCM dari seluruh Malaysia yang melibatkan 52 khemah. Komuniti aktiviti luar Malaysia Naturehike Outdoors Community Malaysia adalah penganjur perkhemahan glamping besar-besaran ini sambil menyambut hari kemerdekaan kita. Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !




Naturehike Outdoors Camping Malaysia mula bertapak pada tahun 2022 dan merupakan sebuah komuniti yang mengumpulkan semua pengguna khemah Naturehike di seluruh Malaysia. Mereka berkongsi minat, semangat, keterujaan dan pengetahuan yang sama tentang berkhemah khususnya dengan produk Naturehike. Saat ini, lebih 15 ribu ahli di Facebook dan terus bertambah. Tanpa mengira latar belakang, mereka di sini bersama-sama menghargai satu sama lain dan paling penting Naturehike merangkul mesra keluarga NOCM.


Bukan biase-biase khemah yang dipacak dan bukan kaleng-kaleng jenama Naturehike yang digunakan. Tema 'Perkhemahan Kekeluargaan' dan 'Honeymoon' untuk kali ini disambut meriah keluarga NOCM. Setiap keluarga bersemangat mendirikan khemah Naturehike dan mendeco khemah mereka dengan pelbagai kemudahan dan aksesori yang memang gempak-gempak sesuai citarasa masing-masing. Inilah pertama kali Ayie terlibat dengan perkhemahan glamping yang mewah dan bertema seperti ini. 






Ibarat menbawa keluar sebuah rumah di tapak perkhemahan, komuniti Naturehike sangat kreatif dan bersungguh untuk mempamerkan khemah yang cantik menarik tertarik ko memang debom dan di lengkapkan dengan kemudahan seperti dapur memasak, tilam tebal, sofa, skrin projector, kopi maker dan banyak lagi la. Itu belum lagi diserikan dengan pelbagai aksesori perkhemahan ala-ala kekeluargaan dan honeymoon siap lampu chandelier mereka pasang. Terbaik!





Dah ada tema, pastilah ada pertandingan khemah tercantik dan pemenangnya. Keluarga yang menang memang layak menang dan pasti menjadi tugas berat kepada juri untuk memutuskan pemenang 1 2 dan 3 kerana semua khemah cantik-cantik dan hebat-hebat. Ayie yang melawat khemah-khemah ini pun rase mula-mula khemah ni cantik sangat, ehhh bila tengok sebelah, ' khemah ni lagi cantik! ' sebelah lagi, ' wow! ini pun cantik! ' jalan depan lagi ' ini lagi gempak deco nya!' so, mana satu nak pilih ni? pandai-pandai lah juri nak menilai. Penilaian Ayie, semua hebat dan semua cantik!. Diberitahu, khemah dari keluarga puan KI ( @pinkkie_glam_camp ) yang menggunakan tambahan warna pink siap reben pink besar di pintu masuk di khemah mereka menjadi juaranya. Tahniah!!!



Beramah mesra dengan dengan salah satu keluarga yang menyertai, keluarga Puan Awin bercerita yang beliau baru pertama kali menyertai acara seperti ini. Niat yang hanya mahu membeli khemah jenama Naturehike ini membawa beliau kepada komuniti NOCM sekaligus menyertai perkhemahan glamping ini. Percutian glamping seperti ini mewujudkan 'family bonding' yang lebih menarik buat keluarganya. 



Tidak hanya itu, Naturehike Outdoors Camping Malaysia Mega Gathering 2.0 ini juga mempunyai ramai penggiat media sosial yang popular yang sering posting video-video glamping mereka. Nama-nama seperti  Shazwanisa , Khayrany Hussin , istri_cantik , dan ramai lagi boleh diikuti di instagram.




Positifnya lagi percutian glamping ini ia membentuk komuniti sihat yang lebih mencintai alam sekitar, meluaskan hubungan sillaturrahim sesama insan, mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan, menambah kreativiti dan membentuk sifat yang baik dalam diri. Iyalah, dengan sabar ko berjam memasang khemah dan mendeco, dan dengan rajin juga ko mengemas semua.. Dan ia memberi kepuasan dan kenikmatan kepada penggemarnya. Santai-santai.. Healing-healing sampai pagi..



Sepanjang NOCM MEGATG 2.0 ini berhimpun, banyak aktiviti menarik di susun antaranya zumba, ceramah bersama Ustaz Don Daniel, persembahan Sape, Roda Impian di kaunter PPZ zakat, pertunjukan bunga api merdeka, gala dinner dengan tema baju patriotik dan banyak lagi. 


Bertambah seronok apabila glamping ini diadakan di Felda Residence Hot Spring Sungkai, Perak yang sangat terkenal dengan kolam mandi air panas, kolam mandi sejuk air gunung, aktiviti merebus telur dan penginapan yang bagus. Sangat sesuai untuk seisi keluarga lebih-lebih lagi kanak-kanak. Sakan mereka mandi manda.

Penganjuran NOCM MEGATG 2.0 diadakan dengan kerjasama Tourism Malaysia selain penaja utama Campguru, Felda Residence Hot Spring Sungkai Perak, Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Ecoflow, New Era dan Over Malaysia dan dengan kerjasama Tourism Perak.

Program ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Faharuddin Hatmin, Pemangku Pengarah Komunikasi Korporat, Tourism Malaysia. Tujuan program perkhemahan kali ini yang bertujuan mengumpulkan peminat-peminat daripada pelbagai jenis khemah dibawah jenama Naturehike ini berjaya dilaksanakan. Tahniah kepada semua yang terlibat! 

Maka, begitulah peristiwa perkhemahan ini terjadi dan semoga sejarah Naturehike Outdoors Camping Malaysia Mega Gathering 2.0 mungkin berulang kembali di masa akan datang dan aktiviti sihat ini semakin berkembang dan memberi impak positif kepada peminatnya sekaligus merancakkan lagi industri percutian perkhemahan dan memberi peluang yang baik untuk mereka yang terlibat dalam industri ini. 


Penutup kata, Terima Kasih Tourism Malaysia dan semua yang terlibat untuk Naturehike Outdoors Camping Malaysia Mega Gathering 2.0. Ada rezeki, kita jumpa lagi di lain perkhemahan.

Terima kasih juga untuk semua tuan khemah yang Ayie tumpang ambil gambar kat khemah anda semua yang hebat dan cantik-cantik tu ya... Cukup la buat raso-raso feeling-feeling.. hehhee


SUKACITA,

AYIE. 




Comments

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

KG JKIN RESORT : APA CITER ATV TERMURAH & HIKING KE KAWASAN MAHLUK HALUS ??!!