CHANDRAMUKHI 2 KINI DI PAWAGAM MALAYSIA !!!

Assalammualaikum  &  Salam Manis.....


Kepada yang telah menonton filem pertama Chandramukhi kini boleh menonton sekuel filem ini iaitu Chandramukhi 2 di seluruh pawagam tanah air.



Ayie berkesempatan menghadiri tayangan perdana filem Chandramukhi 2 ini di TGV Pavillion Bukit Jalil pada 29 September 2023 yang lalu. Meriah dengan kedatangan ramai peminat filem ini, gimik kehadiran watak utama persis pelakon asal filem Chandrmukhi 2 menambah kemeriahan tayangan perdana filem ini.





Pengedar filem ChandraMukhi 2 iaitu MSK Cinemas Sdn. Bhd. yang membawa filem ini ke Malaysia berharap mendapat sokongan daripada penonton Malaysia. MSK Cinemas yakin filem yang menelan baget tinggi ini akan memenuhi selera penonton Malaysia khususnya peminat cerita tamil. MSK Cinemas Sdn. Bhd. yang diasaskan oleh encik M.S Kalai beroperasi sebagai syarikat pengedaran dan penerbitan filem bersepadu di Malaysia. Terbaru, Chandramukhi 2 menjadi filem dibawah edaran mereka.




Filem Chandramukhi 2 menceritakan tentang roh Chandarmukhi yang kembali merasuk tubuh seorang perempuan dan ingin membalas dendam kepada Vettaiyan Raja yang membunuh dirinya dan kekasihnya. Untuk mereka yang pertama kali menonton chandramukhi ini, tak perlu risau kerana adegan flashback akan membantu anda memahami jalan cerita chandramukhi 2 ini. Sedikit seram dan watak lucu Murugesan mengundang ketawa dalam filem ini.





Oleh itu, peminat filem tamil khususnya filem chandramukhi, jom ke pawagam dan saksikan filem Chandramukhi 2 sekarang.

SUKACITA,

AYIE.

Comments

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

KG JKIN RESORT : APA CITER ATV TERMURAH & HIKING KE KAWASAN MAHLUK HALUS ??!!