FESTIVAL UMMAH MEGA HAFLAH 2023 : BIDADARI BERSELAWAT WANITA PENEMAN SYURGA !!

Assalammualaikum  &  Salam Manis......

Alhamdulillah, Ayie bersama ibu Ayie telah menghadiri satu festival yang sangat bermanfaat dan memberi ilmu iaitu Festival Ummah Mega Haflah 2023 yang telah berlangsung pada 7 Oktober 2023 bersamaan 22 Rabiulawal 1445H bertempat di Dewan Orkid, Wisma PKPS Seksyen 14, Shah Alam.


Padat dengan berbagai-bagai agenda perkongsian ilmu dari para Asatizah yang hadir, festival ini memberi ketenangan dengan alunan bacaan Al-Quran, qasidah dan selawat memuji Rasulullah SAW.


Festival Ummah Mega Haflah 2023 ini merupakan idea dari  penganjurnya iaitu Datuk Hajjah Rozanna binti Dato' Haji Rahmat yang merupakan Pengasas #MyInfaq - penglibatan dalam kerja-kerja kebajikan dan #SweetTalkKeSyurga - penglibatan dalam dakwah. Penganjuran festival ini semakin bermakna kerana jatuh pada hari lahir Datuk Hajjah Rozanna.


Festival Ummah Mega Haflah ini juga menjemput Para Asatizah yang dikenali ramai iaitu,

 i - Ustazah Huda Edayu (Tokoh Hari Wanita Daie Influencer Ummah 2022,

ii - Ustazah Sharifah Khasif (Tokoh Hari Wanita Daie Mukminat Ummah 2022,

iii - Dr. Robiah K.Hamzah ( Ikon Muslimah Nona 2023),

iv - Ustazah Sofizah Mousin (Johan Qariah Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2022),

v - Ustazah Awatif (Johan Qariah Tilawah Al-Quran MTQ Pulau Pinang),

vi - Ustazah Noor Suhaiza (Johan Qariah Tilawah Al-Quran MTQ Wilayah 2015,2017),

vii - Aisyah Hijanah bagi slot Perkongsian Influencer

viii - Salimah Habibi bagi slot Perkongsian Influencer

ix - Kumpulan Rahmatul Ihsan (Haflah

x - Hadroh Srikandi Al Fath ( Maulid Dhiya Al Ulami ) yang di terbangkan jauh dari Sabah.




Dengan kehadiran para Asatizah ini ia sangat bertepatan dengan slogan 

" Bidadari Berselawat Wanita Peneman Syurga ( Hurun Ain ) Semarak Cahaya Al-Quran ", festival yang julung-julung kalinya diadakan ini bertujuan menjadi platform perintis bagi perkongsian pandangan dan amalan pendekatan kepada Allah khususnya dalam kalangan muslimat ke arah mencapai kesejahteraan ummah.

Setiap Asatizah ini berkongsi ilmu dakwah mereka dengan cara penyampaian yang bersahaja dan sangat memberi keinsafan dan ketenganan.




Di samping itu, objektif festival ini juga adalah untuk menyebarluas pendekatan dengan lebih mendalam mengenai Al-Quran serta meningkatkan kesedaran dan keyakinan bahawa Al-Quran itu adalah Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk kita lebih memahami maksud & terjemahannya supaya dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.

Penganjuran festival ini juga diharapkan, dilihat sebagai usaha memartabatkan al-Quran. “(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayatnya dan untuk orang yang berakal sempurna beringat Mengambil iktibar.” (Surah Sad, ayat 29)

Festival ini terbuka untuk seluruh muslimat yang berminat untuk menyertai dan ia berjaya mengumpulkan hampir 500 orang. Acara bermula jam 8 pagi sehinnga jam 2 petang ini harus diadakan lagi untuk masa-masa akan datang. Di program seperti ini jugalah muslimat berkesempatan bertemu secara langsung dengan semua Astazah yang selama ini dikagumi secara jauh atau sekadar di media sosial.




Akhir kata, besar harapan agar segala perkongsian yang dicurahkan oleh para Asatizah dalam festival ini dapat dimanfaatkan semaksima mungkin dalam amalan kehidupan seharian kita. Semoga kita akan terus istiqomah dalam usaha memartabatkan Al-Quran kepada kesejahteraan ummah. 

SUKACITA,

AYIE.


Comments

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

KG JKIN RESORT : APA CITER ATV TERMURAH & HIKING KE KAWASAN MAHLUK HALUS ??!!