BAS HOP-ON HOP-OFF SELANGOR ( HOHO SELANGOR ) JOM NAIK !!

 Assalammualaikum & Salam Manis....



Jom kita naik bas Hop-On Hop-Off Selangor atau nak senang sebut HOHO Selangor! Bas pelancongan yang akan membawa kita bersiar-siar ke beberapa tempat menarik di Negeri Selangor khususnya di Daerah Sepang. Berkonsepkan bas perlancongan henti-henti dengan sekali bayaran sehari, bas ini terbahagi kepada 2 jenis tempat duduk iaitu duduk di dalam mcm bas biasa atau duduk di luar tanpa bumbung sambil layan angin luar sepoi-sepoi atau kalau kelajuan bas meningkat, angin kencang dia buat tudung Ayie herot-berot. Hahhaha... Apalagi, mari lawati tempat-tempat best di daerah Sepang dengan HOHO Selangor!!




BERAPA HARGA HOHO SELANGOR YA ....?

Ini harganya :


Untuk trip ini, bas HOHO Selangor kami bermula di Cyberjaya dan kami menuju ke destinasi pertama kami iaitu Bandar Baru Salak Tinggi. Bersiar-siar di salah satu mukim yang terletak di bawah pentadbiran Negeri Selangor. HOHO Selangor berhenti di destinasi pelancongan kami yang pertama iaitu Bandar Baru Salak Tinggi Walk.



BANDAR BARU SALAK TINGGI WALK @ BBST WALK !!

Beberapa lorong yang mempamerkan lukisan-lukisan cantik di dinding-dinding bangunan atau mural di BBST Walk ini pasti akan mencipta memori indah lebih-lebih lagi mereka yang pandai tentang fotografi. Kebanyakkan lukisan mural di sini merujuk kepada gaya hidup dan tempat-tempat menarik di daerah Sepang. Pada setiap hujung minggu sabtu dan ahad, akan ada pasar seni yang menjual pelbagai barangan dan makan dan minum. Apalagi jom bergambar di BBST WALK.













Seterusnya HOHO Selangor meneruskan perjalanan ke destinasi kedua iaitu HL Dragon Fruit Eco Farm. Mari kita makan buah naga !

HL DRAGON FRUIT ECO FARM !!

Ladang buah naga yang popular di Sepang ini dengan senang hati menanti pengunjung untuk makan buah naga yang manis dan bukan itu sahaja pengunjung juga boleh melawat ladang buah naga mereka dan mempelayari lebih detail tentang buah naga. Mesti singgah ya makan dan minum di cafe buah naga Halal yang menyajikan makanan dan minuman berasaskan buah naga seperti nasi lemak buah naga, jus buah naga berasap-asap dan roti buah naga yang besar. Nak beli buah naga yang pelbagai jenis dan grad pun boleh di HL Dragon Fruit Eco Farm.




























Okay, dah kenyang di ladang buah naga, HOHO Selangor ke destinasi berikutnya iaitu Jeti Sirip Biru !

JETI SIRIP BIRU !!

Sebuah jeti yang ada menawarkan penyewaan bot dan beberapa servis lain yang selalu menjadi port para pemancing untuk memancing. Jeti yang cantik dan nampak rock ala-ala tempat lanun ini lengkap dengan kemudahan asas seperti toilet yang bersih dan surau. Antara servis yang mereka tawarkan ialah Sewa Rumah Rakit, Sewa Bot Memancing Laut Dalam, Sewa Bot Pandu Sendiri, Team Building, Makan Tiram dan River Cruise.








Hubungi : 019 - 2060443 ( Bro Zac )

               017 - 601 3345 ( River Cruise ) 

               013 - 211 9060 ( Umpan )

               010 - 610 7777 ( Rumah Rakit )

Email : siripbirurecreation@gmail.com

Begini, ada beberapa tempat lagi yang Ayie lawati dengan bas HOHO Selangor ini tapi Ayie cerita di part 2 ya.... Sambung episod ke2 ya..


SUKACITA,

AYIE.




Comments

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

KG JKIN RESORT : APA CITER ATV TERMURAH & HIKING KE KAWASAN MAHLUK HALUS ??!!