BAS HOP-ON HOP-OFF SELANGOR ( HOHO SELANGOR ) JOM NAIK !! part 2.

Assalammualaikum  &  Salam Manis.....


HOHO Selangor meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya dan kami sampai di Avani Sepang Goldcoast Resort.

AVANI SEPANG GOLDCOAST RESORT.

Sebuah resort yang cantik dan menawarkan percutian tepi pantai dengan bilik-bilik tidur atas air di resort ini pasti memberikan satu pengalaman yang menyeronokkan. Berenang di kolam renang, merehatkan diri di spa, bermain permainan pantai dan sukan air adalah antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Walaupun tidak menginap di Avani, kita masih boleh mencuba beberapa aktiviti yang pihak resort tawarkan seperti memanah, menaiki ATV, dan beberapa aktiviti menarik untuk kanak-kanak juga disediakan dengan harga yang berpatutan. 























Bergerak ke lokasi seterusnya HOHO Selangor pergi ke Pekan Sungai Pelek. Pekan Sungai Pelek adalah satu bandar di Selangor. Terletak sekitar 20 minit dari Litar Antarabangsa Sepang ( SIC ) dan lebih kurang 25 minit dari KLIA. Berdekatan dengan pantai Bagan Lalang dan ia beberapa persekitaran hutan bakau. Kami singgah di satu kedai kopi yang sedap untuk minum petang iaitu Kedai Kopi Chop Guan Kee.

KEDAI KOPI CHOP GUAN KEE.

Kopi yang dijual di kedai kopi Chop Guan Kee sedap dan penuh rasa kopi. Kopi mereka adalah buatan mereka sendiri dan jenama mereka boleh di beli di kedai mereka sendiri atau secara online. Chop Guan Kee antara jenama kopi tempatan ang mempunyai 80 tahun pengalaman dalam pemprosesan kopi. Sebuah rumah yang telah diubah menjadi kedai kopi yang berdekorasi menarik dan di suatu sudut di dalam kedai kopi ini juga dipamerkan sejarah pembuatan kopi mereka dan beberapa jenis produk-produk kopi yang Chop Guan Kee keluarkan. Asyik minum kopi, boleh pulak lupa amik gambar 2 cawan kopi yang Ayie minum. Huuhuuuhuu...











Destinasi terakhir Bas HOHO Selangor kami ialah ke Mitsui Outlet Park. Jom kita tengok apa yang ada di Mitsui Outlet Park.

MITSUI OUTLET PARK.

Sebuah premis perniagaan outlet yang mempunyai pelbagai jenama outlet dan produk dan sangat dekat dengan KLIA dan KLIA@. Outlet pertama dari Jepun yang dibuka di Malaysia dan di Asia Tenggara ini merupakan lokasi membeli belah barangan yang berjenama dengan harga yang berpatutan. Bukan hanya outlet membeli-belah, Mitsui Outlet park prihatin dengan keperluan pengunjung-pengunjungnya yang kebiasaanya akan berurusan di lapangan terbang dengan menyediakan kemudahan seperti shutle bas ulang alik antara airport dan Mitsui, kiosk check-in untuk beberapa penerbangan, simpanan bagasi, kaunter tukaran wang asing dan Flight Information Display System.


















Jalan-jalan Ayie menaiki HOHO Selangor berakhir di Mitsui dan perjalanan satu hari ini memang membahagiakan dan banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Sepang ini dengan HOHO Selangor! Maka dengan itu, marilah kita melawat negeri Selangor dan pusing-pusing di daerah Sepang. Selamat bersiar-siar....



Nak bercuti ? Pusing Selangor dulu !!!!


SUKACITA,

AYIE.



Comments

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

KG JKIN RESORT : APA CITER ATV TERMURAH & HIKING KE KAWASAN MAHLUK HALUS ??!!