BUFET RAMADAN HOTEL TENERA 2024 : LIP-LAP LIP-LAP RAMADAN 2024 !!!

 Assalammualaikum  &  Salam Manis....

Ramadan tiba.... Ramadan tiba.... Marhaban ya Ramadan..


Ramadan datang alam pun riang, menyambut bulan yang berkah. Hotel Tenera seperti tahun-tahun yang sebelumnya pun menyajikan sajian berbuka puasa Bufet Ramadan 2024 di jamin sedap. 



Hotel Tenera terus menjadi pilihan lokasi Bufet Ramadan tahun ini yang bakal diserikan dengan kehadiran pelakon dan usahawan popular Rozita Che Wan. Dengan bertemakan 'Lip-Lap Lip-Lap, Rozita Che Wan yang lebih mesra disapa Che Ta tampil sebagai Wajah Bufet Ramadan Hotel Tenera kali ini yang bermula pada 14 Mac 2024 sehingga 7 April 2024 ini.


OOO... Hati yang gembira.... OOOOO Penuh suka cita...

Seperti biasa, Bufet Ramadan di Hotel Tenera menjadi pilihan Che Ta dan tetamu daripada pelbagal golongan kerana sajiannya yang sedap, tempat yang selesa dengan harga berpatutan buat seisi keluarga. Menurut Pengurus Besar Hotel Tenera, Fadzly Hamzah, Bufet Ramadan pada tahun ini masih mengekalkan konsep geral-gerai seperti di Bazar Ramadan.

Dalam bersahur ada pahala, dalam berbuka alangkah indah...

Untuk itu, terdapat lebih 40 gerai yang menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti masakan panas, bakar, sup, pasta, pizza, dim sum, kuih muih, buah-buahan serta aneka minuman.













Bukan itu sahaja, terdapat lebih daripada 200 menu hidangan seperti Nasi Kambing Apollo, Nasi Ayam Buluh Betung, Sup Gear Box Kampung Utara, Gerai Satay Kicap. Omar Maju Rojak Padang Kota, Shawarma, Kentang Sangkut Mania, Kopi Arang Panggang Live. Teh Chai, Air Ais Blended, Ais Krim Sang Kaya dan yang pasti dinanti- nantikan buah Durian yang akan disajikan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.



















Lauk pauk beranika macam makanlah jangan hanya di pandang....

Menu sedap-sedap sila nikmati kawan, penat memasak malam ke pagi..

Bukan itu sahaja, hidangan lain yang pastinya tidak dapat dilupakan adalah Kepala Salmon Jawa, Teriyaki, Lidah Bakar Masih Terasa, Ikan Bakar Sumbat, Shellout, Rendang Tok Perak, Daging Asam Kunyit, Siput Sedut Masak Lemak, Urat Keting Asam Pedas, Sotong Goreng Simbah Percik, Daging Tetel Gulai Rebung, Ikan Talang Gulai Nenas, Ayam Ungkep, Sembilang Masak Lemak Daun Kunyit dan banyak lagi.













Pencuci mulut jangan di lupakan pasti banyak pilihan... 

Lebih menarik sempena penampilan Che Ta kali ini, pengunjung berpeluang untuk menikmati menu pilihan selebriti itu di gerai 'Wadai Kepeng Lip-Lap Lip-lap. Kesedapan menu-menu hidangan ini adalah hasil air tangan seorang Cef yang berpengalaman, Cef Sahisal Azrul Mat Said iaitu Chef Eksekutif Hotel Tenera.



Kumengharapkan Ramadan kali ini penuh makna, agar dapat kulalui dengan sempurna....

Keunikan dan keaslian menu yang dihidangkan telah menerima banyak maklum balas yang positif daripada pengunjung kami, malah Hotel Tenera telah menerima anugerah berprestij 'Best Ramadan Buffet' pada tahun 2019, 2022 dan 2023 daripada Gastronomy Association of Malaysia.

Asyik dengan sajian-sajian sedap yang membuka selera, hai harga bufet lupa nak di beri......

Hotel Tenera menawarkan harga tempahan awal atau 'early bird' pada harga RM98 sahaja daripada harga asal RM138 (Isnin-Khamis) dan RM158 (Jumaat-Ahad). Tawaran pembelian 'early bird' ini terbuka sehingga 29 Februari 2024. Bilangan baucar adalah terhad. Untuk pembelian baucar ini sila layari www.tenerahotel.com.my atau menghubungi/whatsapp di talian 019-3854 796.


Mensucikan jiwa sebagai insan yang fitri, tarawih dan tadarus, bersujud di tengah malam. Berzikir dan berdoa, menyebut asmahul Allah...

Maka dengan itu, sepanjang bulan Ramadan juga Hotel Tenera turut menawarkan promosi harga bilik istimewa termasuk dengan baucar Bufet Ramadan serta hidangan di waktu sahur. Pihak hotel turut menyediakan kemudahan surau atau dewan solat kepada para pengunjung untuk menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Solat Terawih. Pihak hotel juga membawa wakil daripada Tahfiz Masjid Al-Hasanah untuk memimpin solat Jemaah Isyak dan Terawih pada setiap malam disepanjang bulan Ramadan.

Sedikit mengenai Hotel Tenera, hotel milik penuh Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad, KPFMB ini adalah berkonsepkan 'Mesra Muslim'. Antara yang menarik hotel ini mempunyai 502 buah bilik, 10 bilik seminar, sebuah Grand Ballroom yang boleh memuatkan seramai 1200 orang dan mempunyai tiga buah kolam termasuk satu kolam yang berkonsepkan muslimah.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi di talian 03-89299600 atau whatsap 019- 3854796/019-3592796.

Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial Facebook (Hotel Tenera Bangi) atau Instagram (@hoteltenerabangi).



Pakej-pakej istimewa Hotel Tenera :

Pakej Ramadan Staycation.

1 ) 2 Hari 1 Malam (Bilik Superior)

     Bufet Ramadan untuk 2 orang 

     Sahur untuk 2 orang

     RM388 bersih/bilik


2 ) 2 Hari 1 Malam (Apartment 2 Bilik Tidur)

     Bufet Ramadan untuk 4 orang 

     Sahur untuk 4 orang

     RM688 bersih/unit


Pakej Ramadan Residensi.

(Tempahan adalah untuk 20 orang ke atas)

1 ) 2 Hari 1 Malam (Bilik Superior Single-bed King/Queen)

     Bufet Ramadan untuk 1 orang

     Sahur untuk 1 orang

     RM298 bersih/seorang


2) 2 Hari 1 Malam (Bilik Superior Twin-sharing)

    Ramadan Bufet untuk 2 orang

    Sahur untuk 2 orang 

    RM216 bersih/seorang


* Pakej promosi penginapan diatas adalah sah daripada 14 Mac 2024 sehingga 7 April 2024

Maklumat & Tempahan :

Tempahan Bufet Ramadan

03-8929 9600

019-385 4796 (Whatsapp)

Tempahan bilik penginapan

03-8929 9600

019-233 1796 (Whatsapp)

hoteltenera.kpf@felda.net.my

www.tenerahotel.com.my


SELAMAT BERBUKA PUASA DI HOTEL TENERA !!!


SUKACITA,

AYIE.

Comments

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

KG JKIN RESORT : APA CITER ATV TERMURAH & HIKING KE KAWASAN MAHLUK HALUS ??!!