DAE GA KOREAN GRILL & BBQ - RESTORAN AUTHENTIC KOREA DAN MUSLIM-FRIENDLY !!
Assalammualaikum & Salam Manis...
Anyonghaseoooo......
Memperkenalkan satu restoran makanan asli Korea iaitu DAE GA Korean Grill & BBQ Restaurant. Restoran MUSLIM-FRIENDLY yang menyajikan masakan Korea yang tulen dan menggunakan resepi khas chef mereka sendiri. Dae Ga sedang dalam proses untuk mendapatkan sijil Halal Malaysia dan semua makanan mereka adalah dari sumber yang halal dan NO PORK & NO LARD.
![]() |
Inilah chef Ms Yang Haeree, chef utama di Dae Ga |
Tanpa membuang masa, jom Ayie ceritakan pengalaman enak Ayie dan kawan-kawan makan di Dae Ga. Mestilah kami nak makan daging perapan mereka dan menu-menu mereka yang lain. Hidangan-hidangan yang kami makan ialah...
YANG NYEOM GALBI :
Set perapan daging Short Rip dan Sirloin + daging ayam + udang harimau + sotong + abalone. Set ini adalah set spesial Dae Ga dengan campuran daging dan seafood. Dengan daging yang lembut dan perapan asli korea, ia di grill menggunakan arang di atas dapur unik dan cantik. Kita boleh memilih untuk nak grill sendiri atau meminta staff Dae Ga yang tolong masakkan. Ayie dan kawan-kawan minta tolong oppa Dae Ga yang buat semua tu agar daging kami masak sempurna maklum la kita tak biasa masak cara begini lagi. Kang terlebih masak atau kurang masak, dah kurang rasa dan kualiti daging tu nanti.. Hehehhe
Maka, seperti dalam cerita Korea, Ayie pun makan la daging yang siap dimasak tu dengan gaya orang Korea makan. Balut-balut dengan salad, kimchi dan sos terus sumbat dalam mulut.. Ngap! Ngap! Sedapnya...
Memang daging yang enak, lembut, juicy dan cair dimulut.. Meleleh air liur bila ingat balik daging yang Ayie makan hari tu. Kena cuba lagi ni... Oh ya, Udang yang di tabur cheese dan ablone mereka pun segar dan menyelerakan.
KIMCHI JEON GOL :
Okay, seterusnya Ayie makan Kimchi Jeon Gol. Hidangan yang penuh dengan bahan seperti ramen, dumpling, tahu, cendawan dan banyak lagi bersatu dalam kuah kimchi yang sedap dan cukup rasa kimchi. Dipanaskan hingga mendidih blup! blup! Baru waktu makan tu terasa macam dalam drama winter sonata hirup kuah panas sambil kat luar salji turun.. Gituuu
Menu yang sering Ayie dengar tetapi jarang makan. Bulgogi ialah potongan daging yang dimasak dengan sos spesial Dae Ga dan rasanya sedikit manis. Lebih sedap bulgogi ini dimakan dengan nasi dan kimchi.
Sup daging Short Rib ini pun sedap rasa macam makan sup ekor kita cuma rasanya lebih ringkas dan kurang berempah.
MUL NAENG MYEON & BIBIM NAENG MYEON :
Inilah mi yang popular disebut 'cold noodle' kerana ia sering dimakan selepas menjamah makanan atau minuman untuk membantu mengurangkan 'panas dalam'. Bibim Naeng Myeon ada rasa pedas sedikit dan agak kering manakala Mul Naeng Myeon lebih kepada mi berkuah. Ayie lebih suka Bibim Naeng Myeon.
Jangan lupakan pancake Korea ini. Sedap dan menambah selera.
Tak lengkap makan makanan Korea tanpa ada Kimchi. Bagi Ayie, selain makan kimchi di negara asal Korea, hanya beberapa tempat yang menjual makanan Korea di Malaysia yang ada kimchi yang sesuai dengan selera Ayie dan Ya! salah satu tempat makan yang ada kimchi yang sedap ialah di Dae Ga. Selain itu, side dish Dae Ga yang lain pun sedap dan free flow.
Minuman Shik Hye adalah minuman pencuci mulut berasaskan beras dan malta. Sedap dan kurang manis. Memang sesuai sebagai hidangan penutup selepas kenyang dan ia sejuk dan menyegarkan. Minuman lain yang kami minum pun tak kurang sedapnya..
Nah, Ramadan akan datang ini, kalau tekak teringin nak berbuka dengan masakan Korea, jemputlah berbuka di DAE GA KOREAN GRILL & BBQ RESTAURANT RAMADAN BUFFET 2024 yang bermula pada 12 Mac hingga 8 April 2024. Harga RM 98 ++ untuk dewasa dan RM 48 ++ untuk kanak-kanak. Hubungi 03 - 64210733 untuk tempahan.
📍Dae Ga Korean Restaurant
Comments
Post a Comment