GAMARO CHICKEN & BURGER - AYAM GORENG TANPA TULANG NO 1 DI KOREA KINI DI MALAYSIA !!! ( HALAL )

 Assalammualaikum & Salam Manis..


Kepada peminat-peminat ayam goreng Korea, di sini Ayie nak kongsi satu tempat makan ayam goreng Korea yang sedap dan semakin banyak penggemarnya iaitu GAMARO CHICKEN & BURGER. 



GAMARO CHICKEN & BURGER

Restoran makanan ayam goreng Korea Gamaro Chicken ini merupakan jenama ayam goreng tanpa tulang nombor 1 di Korea dan sekarang telah membuka cawangannya di Malaysia. Premis makanan ini menawarkan beberapa pilihan ayam goreng tanpa tulang dan makanan jalanan yang terkenal di Korea. Ketulan ayam goreng mereka digoreng di dalam kuali yang disebut "GAMA" dalam bahasa Korea untuk menjadikan ayam goreng mereka sedap dan rangup dengan resepi rahsia Gamaro Chicken. Ayie dan kawan-kawan dah cuba menu-menu yang ada di Gamaro dan ia sesuai dengan citarasa Ayie. Yang paling penting, Gamaro Chicken & Burger adalah Halal di samping susun atur kedai yang menarik.




Ringkas cerita, jom Ayie tunjukkan apa yang Ayie makan di Gamaro Chicken & Burger. Selamat membaca dan pasti menu Gamaro Chicken ini sesuai dengan citarasa korang.... 




GAMARO DAKGANGJUNG

Dakgangjung adalah menu utama di Gamaro Chicken iaitu ketulan ayam goreng tanpa tulang yang di goreng rangup dan dihidangkan dengan pelbagai jenis pilihan sos. Menawarkan 9 jenis pilihan sos yang mempunyai rasa yang tersendiri. 

DAKGANGJUNG MONSTER !!!

DAKGANGJUNG CHILI MAYO !!!

DAKGANGJUNG SOY GARLIC !!!





Ayie dah cuba 3 jenis Dakgangjung dengan pilihan sos Soy Garlic, Monster dan Chili Mayo. Untuk mereka yang suka makan pedas, sila pilih Dakgangjung Monster ya, memang pedas tetapi tak cukup pedas lagi untuk Ayie. Hehehhe..... Antara ketiga-tiga menu ayam goreng tanpa tulang ini, Soy Garlic dan Monster bagi Ayie paling sedap, cukup rase dan lebih sesuai dengan selera Ayie. 

GAMARO WHOLE CHICKEN 

Okay, nak makan ayam goreng bertulang pun ada di menu Gamaro Chicken. Seekor ayam di goreng panas2 dan rangup dengan rasa yang cukup berperisa. 



CHEESE TTEOKPOKKI, RAPOKKI & CHEESE FRIES 

Snek Korea yang popular ini pun antara menu sampingan yang menjadi pilihan ramai di Gamaro Chicken. Makan ayam goreng dengan Cheese Tteokpokki dan Rapokki lebih menambah selera makan di Gamaro Chicken & Burger. Cheese Fries juga mewah dengan rasa cheese dan kentangnya besar.





GAMARO BURGER 

Dari namanya, Gamaro Chicken juga menjual pelbagai pilihan burger untuk penggemarnya. Daging burger yang lembut dan juicy pasti memikat selera. Ayie order burger Double Cheese dan Sweet Chili dan bagi Ayie rasa kedua-dua burger ini ok dan sedap dimakan.





JUMBO SPARKLING ADE

Pilihan minuman saiz 800ml ini tersedia dengan 4 pilihan rasa iaitu ALOR VERA, HAWAIIAN BLUE, YUJA dan LEMON. Sparkling Ade Alor Vera yang Ayie minum sangat sedap dan menyegarkan. Pastikan korang cuba ya minuman ni.




Sambil makan-makan, sempat juga Ayie perhatikan premis Gamaro Chicken ni dan tengok satu video yang memaparkan kumpulan K-POP idol popular Korea iaitu "BTS" dan "TWICE" sebagai duta Gamaro Chicken. Hebat kan !!!


Untuk memberikan kepuasan 100% pihak Gamaro Chicken menggunakan bahan terbaik dan segar dengan kaedah penggorengan  yang istimewa iaitu " RICE FRIYING POWDER " untuk extra keranguppan serta 
"ZERO CHEMICAL INGREDIENTS". Ia juga menjaga kesihatan dengan "100% sunflower cooking oil ".





Akhir cerita, GAMARO CHICKEN & BURGER menanti kunjungan anda ke restoran mereka di 2 outlet Gamaro Chicken iaitu di The Curve, Mutiara Damansara dan di SEIBU, Tun Razak Exchange ( TRX ). Restoran yang Ayie makan ni di outlet The Curve, Mutiara Damansara.




Apalagi, jom datang ke Gamaro Chicken & Burger dan Selamat menjamu selera !!!


SUKACITA,

AYIE.




Comments

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BATAM - EPISOD 2 : NAIK RORO KE PULAU BINTAN..

KG JKIN RESORT : APA CITER ATV TERMURAH & HIKING KE KAWASAN MAHLUK HALUS ??!!