Assalammualaikum & Salam Manis...
Pencarian dana untuk membantu saudara-saudara Islam kita di Rafah semakin diteruskan oleh rakyat Malaysia dan kali ini pelakon terkenal tanah air iaitu Datin Umie Aida dan Dato' Seri Alha Alfa bekerjasama melancarkan Tabung Bersamamu Rafah 2024.
Pertubuhan Erat Kasih Alha Alfa (PEKAA) dengan kerjasama Musolla Aisya dengan sukacitanya menganjurkan ' Majlis Bacaan Yassin dan Pelancaran Tabung Bersamamu Rafah ' yang diadakan pada 25 Mei 2024. Majlis ini telah disempurnakan oleh Dato' Seri Alha Alfa selaku Penaung PEKAA dan Datin Seri Umie Aida selaku Penaung Musolla Aisya.
Majlis yang penuh bermakna ini bertujuan untuk mengumpul dana sebanyak MYR 500,000 bagi membantu meringankan beban rakyat di Rafah, Gaza. Tabung Bersamamu Rafah ini akan mengadakan kutipan dana bermula 25 Mei 2024 sehingga 8 Jun 2024.Kerjasama strategik ini turut disokong oleh rakan kolaborasi, Cinta Gaza Malaysia dan AICT Global, dalam memastikan matlamat kutipan dana ini dapat dicapai. Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran 80 orang selebriti dan pempengaruh (influencers) Malaysia, pengasas (founders) perniagaan, dan perusahaan kecil dan sederhana (SME) yang turut serta memberi sokongan terhadap inisiatif mulia ini.
Dato' Seri Alha Alfa dan Datin Seri Umie Aida dalam kenyataan mereka berkata, "Kami berharap agar masyarakat Malaysia dapat bersama-sama menjayakan usaha ini. Setiap sumbangan yang diberikan akan membawa sinar harapan kepada saudara-saudara kita di Rafah yang sedang menghadapi pelbagai kesukaran. Kami mengalu-alukan kehadiran semua pihak untuk menyertai majlis ini dan menyumbang kepada Tabung Bersamamu Rafah. Marilah kita berganding bahu untuk membantu mereka yang memerlukan dan mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang sesama manusia."
Majlis yang dimulakan dengan bacaan yassin dan solat maghrib berjemaah sebelum tetamu dibawa ke dewan utama untuk acara utama. Ramai artis-artis terkenal, selebriti dan pempengaruh media sosial hadir memberi sokongan dan sumbangan antaranya Beto Kusyairi, Mazlan PetPet, Khir Rahman, Datuk Ramli Sarip, Sein Ruffedge, kumpulan nasyid UNIC, Erma Fatima, Nana Mahazan, Fouziah Gous, Vanida Imran, Zizi Kirana, Kaka Asyraf, Lufya, Kuna dan kuza, Kak KM dan ramai lagi.
Persembahan yang menyentuh hati yang dibawakan oleh beberapa artis sangat memberikan kesan terutamanya perkongsian dari saudara Nadir sekeluarga tetang pengalaman beliau di Gaza. Perkongsian dan doa dari Tuan Guru Sheikh Zainul Asri juga menambahkan berkat dalam acara pada malam itu.
Sekiranya anda ingin menderma kepada Tabung Bersamamu Rafah 2024 ini boleh scan QR di bawah ini. Jadi, apa jua bentuk bantuan, sokongan dan boikot yang kita teruskan dan buat beramai-ramai dan jangan lupa untuk sentiasa berdoa untuk saudara saudara Islam kita di sana.
SUKACITA,
AYIE.
Comments
Post a Comment