FELDA LANCARKAN GULA FELDA EDISI KHAS 500G DI KARNIVAL MEGA 3 DIMENSI 2025!

Assalammualaikum & Salam Manis...

Penganjuran Karnival Mega 3 Dimensi FELDA (MK3D) pada hari kedua 31 Julai di MITEC menyaksikan detik bersejarah dengan pelancaran rasmi Gula Felda Edisi Khas 500 gram, hasil kerjasama strategik antara Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), FGV Holdings Berhad dan MSM Malaysia Holdings Berhad – pengeluar jenama lagenda, Gula Prai. 

Saksikan video pelancaran nya di :

TikTok

https://vt.tiktok.com/ZSSPuWCyh/

 : https://vt.tiktok.com/ZSSD8TbAv/


Instagram 

https://www.instagram.com/reel/DMzXcp1SMb-/?igsh=MXJlYnlyZ2k5amhqZw==



Pelancaran ni cukup simbolik dan bermakna. Ia sempena ulang tahun ke-69 FELDA dan 60 tahun syarikat FELDA ditubuhkan. Lama tu! Ia juga sebagai penghargaan kepada para peneroka yang menjadi pemangkin kemajuan ekonomi luar bandar sejak sekian lama dan kali ni, FELDA berganding bahu dengan FGV Holdings dan MSM Malaysia Holdings untuk hasilkan gula yang lebih kecil, comel, dan praktikal. 

Menampilkan pembungkusan bersaiz kecil seberat 500g, Gula Felda Edisi Khas ini direka untuk menepati gaya hidup moden, lebih praktikal, mudah dibawa serta bersih digunakan. Dengan harga pasaran di bawah RM2, produk ini ditawarkan secara mesra pengguna dan mampu milik.

“Sebagai organisasi yang mewakili lebih 114,000 peneroka, kami berbangga memperkenalkan produk yang relevan dengan keperluan masyarakat masa kini,” kata Pengerusi FELDA, Dato’ Sri Ahmad Shabery bin Cheek. Beliau turut menekankan bahawa kerjasama bersama MSM memberi jaminan dari segi kualiti dan nilai tambah kepada pengguna.


Dihasilkan dalam kategori gula super, produk ini menawarkan kemanisan yang lebih tinggi berbanding gula biasa, membolehkan pengguna mengurangkan kuantiti penggunaan – sekali gus menjimatkan kos dan memaksimumkan penggunaan harian.

Menurut Hasni Ahmad, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM Malaysia Holdings Berhad, pelancaran ini memperkukuh komitmen syarikat dalam memperluas akses kepada produk berkualiti tinggi, di samping menyokong agenda pembangunan luar bandar negara.


“Kami teruja dapat menyertai inisiatif ini bersama FELDA dan FGV. Ia membuka ruang kepada Gula Prai untuk menembusi pasaran baharu, terutamanya dalam kategori pengguna bandar dan mobil,” katanya.

Produk ini disasarkan kepada pasaran on-the-go seperti kedai serbaneka, pasar mini, stesen minyak serta sektor hospitaliti berskala kecil. Di tapak MK3D sendiri, sambutan terhadap produk ini amat menggalakkan dengan ramai pengunjung menyambut baik inovasi pembungkusan serta harga yang ditawarkan.

“Saiznya kecil dan mudah untuk disimpan. Sesuai digunakan di rumah mahupun untuk dibawa semasa melancong,” kata seorang pengunjung.

Karnival MK3D yang berlangsung selama lima hari turut menjadi platform mempamerkan produk usahawan desa serta menyokong inisiatif Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dan jaringan kerjasama antara agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Majlis perasmian rasmi dijadualkan berlangsung pada 2 Ogos 2025, dan bakal disempurnakan oleh pimpinan tertinggi negara.

Pelancaran Gula Felda Edisi Khas ini membuktikan komitmen berterusan FELDA, FGV dan MSM dalam menyumbang kepada kestabilan industri makanan asas negara serta memartabatkan perjuangan komuniti peneroka.

“Kami bukan sekadar menjual gula. Produk ini membawa bersama nilai sejarah, semangat peneroka, dan usaha berterusan FELDA untuk memberi impak positif kepada masyarakat,” ujar Hasni Ahmad menutup sesi pelancaran.

Mari kunjungi dan dapatkan gula edisi khas 500g ini di Karnival Mega 3 Dimensi 2025 hingga 3 Ogos ini. 

SUKACITA, 

AYIE. 













Comments

Popular posts from this blog

IDEA LIVE ARENA TINGKATKAN DAYA TARIKAN NEGARA SEBAGAI HAB HIBURAN DAN PELANCONGAN SERANTAU SEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026!

TOURISM SELANGOR AKAN MEMBAWAKAN AIZAT AMDAN DAN TAWAR DISKAUN SEHINGGA 50% DI MATTA FAIR KALI INI

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7 Kini di Malaysia: Inilah Apa yang Anda Perlu Tahu