HOTEL PREMIERA KL SEMARAKKAN HARI KEMERDEKAAN KE 68 DENGAN MERDEKA WARISAN HI-TEA!
Assalammualaikum dan Salam Manis...
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Hotel Premiera Kuala Lumpur tahun ini menyemarakkan lagi sambutan hari Kemerdekaan dengan menawarkan bufet Merdeka Warisan Hi-Tea yang bertemakan "Merdeka Mengangkat Warisan Melalui Rasa & Budaya".
Cukup rasa kemerdekaan dipersembahkan semasa majlis pelancaran Merdeka Warisan Hi-Tea ini di ballroom Hotel Premiera pada Khamis, 28 Ogos 2025 yg lalu yang menampilkan chef selebriti Chef Dr. Liza Zainol dan Chef Dzulkarnain selaku Chef Eksekutif Premiera Hotel.
![]() |
Chef Selebriti Chef Dr. Liza Zainol |
![]() |
Chef Dzulkarnain - Chef Eksekutif Hotel Premiera KL |
Mengangkat menu warisan melalui rasa dan budaya Malaysia, sajian istimewa seperti Nasi Lemuni Sambal Ikan Talang Masin, Spera Inti Kelapa Pedas Manis, Bubur Cha Cha Nangka, Kuih Sagu Puteri Salju, Ubi Telampung (Ubi Kayu) dan Kuih Cara Bengkang Bebawang menanti tetamu.
PROMOSI :
RM 75 Seorang.
RM 130 untuk 2 orang.
Hubungi : 03 - 2615 1000
Dengan harga RM 75 seorang, bermula 28 Ogos hingga 16 September 2025 Merdeka Warisan Hi-Tea Hotel Premiera menanti kunjungan anda.
Selain sajian istimewa, menu Hi-Tea mereka yang lain nasi goreng kampung, mee goreng, ayam goreng berempah, nasi ayam, laksa sarawak dan nasi dagang antara menu yang dimasak sedap dan menyelerakan.
Hidangan pencuci mulut dengan pelbagai kuih muih, bubur dan kek berbagai rasa, gerai goreng panas2 seperti pisang dan keledek goreng, salad dan buah-buahan menambah pilihan minum petang anda di Hotel Premeira.
Kenyang dengan semua makanan, rehat sebentar dengan minum kopi, teh tarik atau cendol dan aiskrim.
"Kami di Hotel Premiera milik MARA ini ingin memperkenalkan dan mengangkat menu tradisional warisan Malaysia kepada generasi sekarang dan mengimbau nostalgia makanan-makanan warisan kita yang dulu sempena hari kemerdekaan ini" kata puan Sabrina Abdul Gani, General Manager Premiera Hotel Kuala Lumpur.
![]() |
Puan Sabrina Abdul Gani : General Manager Premiera Hotel KL |
Selain sajian warisan ini, tetamu juga boleh menyertai beberapa aktiviti seperti permainan tradisional seperti congkak, sepak raga dan ada cabutan betuah.
Oleh yang demikian, Hotel Premiera Kuala Lumpur menanti kunjungan anda semua dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke 68! MERDEKA!
Selamat menjamu selera di Merdeka Warisan Hi-Tea Premiera Hotel Kuala Lumpur.
TikTok : : https://vt.tiktok.com/ZSACXSUd2/
IG :
https://www.instagram.com/share/reel/BALF2S0tM0
FB :
https://www.facebook.com/share/r/1BAUGRU6Vw/
SUKACITA,
AYIE.
Comments
Post a Comment