DATO' SRI JAMAL MD YUNOS RINGANKAN BEBAN RAKYAT DENGAN JUALAN MURAH IKAN RM5 SEKILO!

 Assalammualaikum & Salam Manis....

DATO' SRI JAMAL MD YUNOS 


Prihatin dengan peningkatan kos hidup rakyat sekarang khususnya di Sekinchan dan sekitarnya, Dato' Sri Jamal MD Yunos tampil meringankan dengan Program Jualan Ikan Segar & Harga Patut Rm5 Sekilo!


Berlaku pada 15 November 2025 hari Sabtu di Kedai Ikan Masin Sekinchan, Jln Besar WCE, Tali Air 7, Sg Leman, Sekinchan, Selangor program ini akan diteruskan setiap minggu hari Sabtu dari 8 pagi hingga tengahhari.

Ya! Dengan harga Rm5 sekilo, pengunjung boleh mendapatkan 3 jenis ikan iaitu ikan Kembung, ikan Sardin dan ikan Cencaru.




Hadir seawal pagi, Dato' Sri Jamal semangat membantu penyediaan jualan ikan-ikan tersebut dan melayan pembeli untuk mendapatkan ikan segar mereka.




Berkata kepada media, beliau berharap ia dapat memenuhi permintaan ikan warga setempat dan orang luar untuk mendapatkan ikan segar dengan harga yang lebih murah kerana melangkaui orang tengah.

Di sini juga, di Kedai Ikan Masin Sekinchan ini, pengunjung juga boleh mendapat pelbagai jenis ikan masin, ikan kering dan produk-produk hasil laut yang telah diproses. 






" Kami mendapat stok ikan dari nelayan-nelayan tempatan di Sekinchan ini dan untuk program hari ini, ada 6 pembekal. Jenis dan ikan akan saya tambah untuk jualan yang akan datang." 

Akhir kata, beliau berharap program ini mendapat sambutan dan nelayan-nelayan tempatan juga boleh meluaskan usaha mereka dengan mengusahakan penghasilan ikan masin untuk menambah pendapatan. 


Oleh yang demikian, panggilan untuk semua warga Sekinchan dan yang lain, Dato' Sri Jamal MD Yunos menjemput anda semua ke Program Jualan Ikan Segar & Harga Patut Rm5 Sekilo. Setiap Sabtu ya. 

Jemput Datang! 


Sukacita, 

Ayie. 


Comments

Popular posts from this blog

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.

BEAUTIFUL TERENGGANU : LATA KOLAM AIR DERU ECOPARK.

KG JKIN RESORT : APA CITER ATV TERMURAH & HIKING KE KAWASAN MAHLUK HALUS ??!!