KEMERIAHAN LOU SANG DI GIANT BUKIT TINGGI KLANG : SIMBOL PERPADUAN & REZEKI MELIMPAH!
Assalammualaikum & Salam Manis...
Siapa kata Giant cuma tempat beli barang dapur je? Baru-baru ini, suasana di Giant Bukit Tinggi, Klang bertukar meriah sempena sambutan Tahun Baru Cina! Pada 6 Februari 2026, satu majlis Yee Sang Tossing telah diadakan dengan penuh gilang-gemilang sebagai simbolik kepada kemakmuran, keharmonian, dan kerjasama yang erat.
Saksikan video kemeriahnya di Tiktok Ayie :
https://vt.tiktok.com/ZSmJQ1CG3/
Majlis ini bukan sekadar tradisi, tapi ia merupakan cara GCH Retail Malaysia Sdn Bhd menghargai komuniti, rakan niaga, dan pihak berkepentingan yang selama ini menyokong mereka.
Kehadiran Tetamu Kehormat
Suasana makin berseri dengan kehadiran tokoh-tokoh penting, antaranya:
- YB Tuan Andy Chen (ADUN Pandamaran)
- Mr. Cheah Yong Hock (CEO GCH Retail Malaysia Sdn Bhd)
- Barisan pengurusan kanan GCH Retail, rakan media, influencer (KOL), serta rakan niaga dan penyewa premis.
Lebih Daripada Sekadar Tradisi
Menurut Puan Rebecca Phan, Ketua Pajakan dan Pembangunan Perniagaan GCH Retail, majlis ini adalah cerminan aspirasi mereka untuk terus berkembang maju bersama-sama.
"Acara hari ini bukan sahaja meraikan tradisi, malah membuktikan kepercayaan kami terhadap perpaduan dan kerjasama. Di Giant Bukit Tinggi, kami komited untuk terus bekerjasama rapat dengan komuniti setempat bagi mencipta nilai jangka panjang buat semua," ulas beliau.
Sorotan Menarik Majlis
Majlis bermula dengan ucapan aluan dan paluan gendang yang sangat bertenaga, menaikkan lagi vibe perayaan. Selepas sesi bergambar, tibalah acara kemuncak iaitu menggaul Yee Sang! Semua tetamu berkumpul dan mengangkat Yee Sang setinggi yang mungkin sebagai simbolik doa untuk rezeki yang melimpah-ruah tahun ini.
Kemeriahan tidak terhenti di situ! Para tetamu turut dihiburkan dengan:
- Tarian Singa yang penuh aksi.
- Kemunculan istimewa maskot kuda yang menambah keunikan suasana.
Komitmen Giant Buat Warga Klang
Bagi korang yang selalu shopping kat sini, Giant Bukit Tinggi berjanji akan terus memberikan pengalaman beli-belah yang terbaik. Mereka merancang untuk mengadakan lebih banyak aktiviti kolaborasi dan acara menarik yang melibatkan komuniti setempat pada masa akan datang.
Satu permulaan tahun yang sangat positif, bukan? Semoga tahun 2026 ini membawa lebih banyak kejayaan dan hubungan yang lebih utuh buat kita semua!Sukacita,
Ayie.





Comments
Post a Comment