COWAY BERAYA ESTETIK DI ZON RILEKS & REFRESH COWAY!
Assalammualaikum & Salam Manis...
Bila sebut tentang acara pelancaran produk, biasanya kita bayangkan suasana yang formal dan serius. Tapi tidak bagi Coway! Tahun ini, mereka membawakan semula Zon Rileks & Refresh di The Agam pada 2 April lalu dengan pengisian yang sangat dekat di hati kita—tradisi warisan Melayu dalam nafas moden.
Coway Malaysia kembali dengan Zon Rileks & Refresh tahun kedua untuk menekankan kepentingan udara bersih dalam kehidupan seharian, terutamanya menjelang musim perayaan.
Untuk persiapan raya misalnya, mesti kita sibuk fikir pasal cat rumah, susun perabot atau biskut raya kan? Tapi ada satu benda yang kita selalu terlepas pandang: Kualiti udara dalam rumah. Maka dengan itu, Coway lancarkan rangkaian penulen udara terbaharu melalui kempen Zon Rileks & Refresh. Apa yang menarik, Coway bukan sekadar bagi udara bersih, tapi mereka tawarkan solusi ikut kesesuaian ruang.
Ini dia 3 penulen udara Coway boleh memenuhi keperluan kita :
Coway Atrium: Untuk ruang sosial yang besar (seperti ruang tamu).
Coway Suite: Fokus kepada keselesaan ruang peribadi (bilik tidur utama).
Coway Studio: Sesuai untuk ruang yang lebih kecil dan gaya hidup minimalis.
Berada di The Agam untuk Zon Rileks & Refresh Coway membolehkan media menikmati setengah hari santai dengan pelbagai aktiviti antaranya mencanting batik beramai-ramai, mengayam model tikar kecil, mendekorasi kek, bermain congkak dan posing-posing bergambar di mini studio Coway. Memang betul-betul Rileks & Refresh!
Coway mahu menunjukkan bahawa inovasi mereka bukan sekadar mesin di penjuru rumah, tetapi sebahagian daripada gaya hidup. Sama ada anda sedang fokus menenun (ruang peribadi) atau sedang meriah bermain congkak (ruang sosial), ada penulen udara yang "faham" keperluan ruang tersebut.
"Kami menggambarkan secara ilustrasi tentang bagaimana reka cipta penulen udara kami disepadukan ke dalam rutin harian, membantu setiap kediaman terasa lebih tenang, seimbang, dan segar." – Janice Tan, Coway Malaysia.
Acara ini adalah ingatan mesra bahawa keselesaan rumah itu datangnya daripada gabungan aktiviti yang bermakna dan suasana (terutamanya kualiti udara) yang menyokongnya. Jadi, sempena persiapan Raya kali ini, jangan lupa "rileks & refresh" udara di rumah anda juga!
Kesimpulannya, Coway nak kita rasa udara yang lebih seimbang dan segar mengikut rutin harian kita. Barulah syok nak lepak rumah!
SUKACITA,
AYIE.















Comments
Post a Comment