KEMUNCAK LEGASI SANG MAESTRO - KONSERT DATO' M. NASIR CIPTA 4

Assalammualaikum & Salam Manis..

Suatu masa yang lalu, seorang M. Nasir telah menghadirkan Cipta 1,2 dan 3. Kini, trilogi itu diteruskan dengan Cipta 4 atau judul rasminya nya Dato' M. Nasir Cipta 4.

Melengkapkan trilogi epik, ​industri muzik tanah air bakal menyaksikan satu lagi lakaran sejarah apabila "sifu" kegemaran ramai, Dato’ M. Nasir, kembali untuk melengkapkan siri trilogi CIPTA menerusi konsert Dato’ M.N47ir Cipta 4. Dijadualkan berlangsung pada 4 Julai 2026 di Unifi Arena, Kuala Lumpur, konsert ini bukan sekadar persembahan muzik, tetapi sebuah keraian terhadap daya cipta dan intelektual sang maestro yang telah mewarnai industri selama berdekad-dekad.

Apa Yang Menarik Tentang CIPTA 4?

Jika siri Cipta 1 hingga 3 sebelum ini telah mencetuskan fenomena luar biasa, Cipta 4 menjanjikan dimensi yang lebih mendalam. Menurut penganjur, Iman Tang (Icon Entertainment), konsert kali ini adalah kesinambungan bagi ratusan karya nukilan M. Nasir yang layak diperdengarkan dengan kualiti visual dan audio yang memukau.


Sidang Media Cipta 4 Di Dalam Keretapi Express Rakyat! 

Ya! Pertama kali sidang media dilakukan di dalam keretapi yang bergerak. Betul-betul mencipta kelainan! Berada di dalam salah satu gerobak keretapi Express Rakyat KTM ke Ipoh, Dato' M. Nasir dan Iman Tang memulakan sesi soal jawab bersama media sehingga muncul lah Melly Goeslaw sebagai artis undangan untuk Cipta 4 kali ini. Wow... Dua nama besar akan berada dalam pentas Cipta 4 ini. 






"Kenapa sehingga empat penganjuran? Kerana ratusan ciptaan lagu yang dicipta, pencipta M.Nasir layak diperdengarkan secara langsung bersama visual yang menarik, terutama berkaitan dengan karya-karya ciptaan beliau.Dan bakal ada lanjutan lagi selepas 4." 

“Cipta menjadi medan sejarah, medan momen dan medan kesinambungan menikmati ratusan karya M.Nasir sama ada yang dicipta buat dirinya sendiri atau penyanyi lain,” ujar penganjur, Iman Tang.



Info Konsert Dato’ M. Nasir Cipta 4

Tarikh: 4 Julai 2026 (Sabtu)

​Masa: 8.30 Malam

​Lokasi: Unifi Arena, Kuala Lumpur

​Tema Pakaian:Batik (Batik Injection)

Jualan Tiket

​Tarikh Mula Jual: 24 April 2026 (Jumaat) jam 11.00 Pagi

​Laman Web: www.ticket2u.com.my

​Jenis Tiket: Semua kategori adalah Tempat Duduk (Seated)

​Harga & Kategori:

​RM588: Cinta Kristal

​RM528: Sentuhan Kecundang

​RM488: Mahligai Syahdu

​RM458: Andainya Aku Pergi Dulu

​RM338: Sekuntum Bunga Di Gurun Sahara

​RM238: Mentera Semerah Padi



​Maka dengan itu, bagi pencinta seni dan penyokong teguh M. Nasir, inilah masanya untuk kita sama-sama menjadi sebahagian daripada sejarah. Jangan tunggu sehingga tiket habis disambar!


SUKACITA 

AYIE. 

Comments

Popular posts from this blog

BEAUTIFUL TERENGGANU : LATA KOLAM AIR DERU ECOPARK.

​Tak Perlu Drama Beratus Episod! "Seikat Kasih" Buktikan Drama Mikro Juga Boleh Bikin Sebak Raya Ini

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.