NAFAZ : Definisi Baharu Untuk Perkahwinan & Pengalaman Mewah di Malaysia!

Assalammualaikum & Salam Manis...

Era kemewahan yang lebih segar kini bermula.


Impian bakal pengantin yang ingin resepsi perkahwinan mereka di altitud tertinggi seperti di Menara Berkembar Petronas (KLCC) boleh tercapai dengan NAFAZ. 

NAFAZ, jenama terbaharu di Malaysia dalam segmen perkahwinan dan pengalaman high-end, dilancarkan secara rasmi dengan misi yang jelas: untuk mengubah cara kita meraikan sesuatu momen. Kami bukan untuk semua orang — kami hanya untuk mereka yang tidak mahu berpuas hati dengan sesuatu yang biasa-biasa.


Berbalik ke impian resepsi perkahwinan di Menara Berkembar Petronas, selain majlis yang berada di tingkat 41 atau 42, pasangan mempelai dan tetamu juga berpeluang merakam moment terindah di sepanjang Sky Bridge KLCC. Kelassss gitu!





Tidak hanya majlis resepsi perkahwinan, sekiranya anda mahu ' romantic candle light dinner ' di menara ikonik berkembar tertinggi di dunia itu juga NAFAZ sedia menawarkan khidmat mereka. 

Terbaru, majlis mewah NONA LEBARAN 2026 yg berlangsung di Menara Berkembar Petronas adalah magis mereka sebagai kurator mewah NAFAZ.


​Berada dalam kelas tersendiri, NAFAZ memperkenalkan ekosistem mewah mereka:

​NAFAZ Majlis — Perkahwinan ikonik berskala besar yang penuh prestij.

​NAFAZ Experience — Kembara peribadi yang dikurasi, dari destinasi antarabangsa sehinggalah pengalaman kerohanian.

​NAFAZ Studio — Hasil seni visual dan produksi sinematik premium.

​NAFAZ Creative — Penceritaan dan penjenamaan kelas atasan.

​NAFAZ Sirah — Pengalaman bermakna yang mengangkat nilai Islam dan warisan.

​Antara yang paling mencuri tumpuan adalah tawaran eksklusif mereka: majlis perkahwinan di mercu tanda paling ikonik di Kuala Lumpur—akses peribadi ke lokasi-lokasi berprestij yang biasanya tertutup untuk keraian umum.



​Bertemu dengan pengasas NAFAZ, Puan Aishah Radhiah Adanan di majlis gah NONA LEBARAN 2026 di tingkat 42 Menara Berkembar Petronas baru-baru ini beliau berkata :, 

"NAFAZ direka khas buat mereka yang tidak mahu kompromi dengan kualiti. Kami bukan sekadar buat event — kami mencipta momen yang bakal menjadi sebuah legasi," kata Aishah Radhiah Adanan, Pengasas NAFAZ.


Berbeza dengan syarikat pengurusan acara biasa, NAFAZ bertindak sebagai kurator mewah. Mereka menggabungkan elemen rekaan, penceritaan, dan akses elit untuk memberikan pengalaman yang sangat peribadi dan nampak "mahal" secara visual.




​Pelancaran ini telah mula menarik perhatian ramai kerana keberaniannya untuk mengangkat industri perkahwinan dan gaya hidup Malaysia ke taraf global. Dengan fokus kepada eksklusiviti dan sentuhan peribadi yang tinggi, NAFAZ kini dalam landasan untuk menjadi nama paling gah dalam keraian mewah di Asia Tenggara.

Hubungi NAFAZ untuk maklumat lanjut di : https://www.nafaz.my

Atau hubungi : 012 8823207


SUKACITA, 

AYIE. 

Comments

Popular posts from this blog

BEAUTIFUL TERENGGANU : LATA KOLAM AIR DERU ECOPARK.

​Tak Perlu Drama Beratus Episod! "Seikat Kasih" Buktikan Drama Mikro Juga Boleh Bikin Sebak Raya Ini

EKPLORASI TASIK KENYIR : Bersama UMT & MEDIA SOSIAL - 24 JAM Pertama.