EXISTS KEMBALI BERAKSI! KONSERT 'MEMENTO MORI' BAKAL GEGAR UNIFI ARENA OGOS INI.
Assalammualaikum & Salam Manis..
Selepas 35 tahun mewarnai industri muzik Nusantara, kugiran legenda Exists bakal kembali ke pentas besar menerusi Konsert Exists Memento Mori. Konsert ini bukan sekadar persembahan biasa, malah ia merupakan manifestasi perjalanan panjang mereka yang penuh warna-warni sejak era Untukmu Ibu sehingga kini.
"Memento Mori"
Judul ini dipilih sebagai falsafah untuk menghargai setiap momen perjalanan seni mereka—daripada fasa puncak sehingga waktu suram—dan membuktikan bahawa karya berkualiti membuatkan Exists kekal relevan merentas generasi.
Reunion 'Tujuh Kepala' di Atas Satu Pentas
Apa yang menarik perhatian, konsert anjuran ICON Entertainment ini akan menggabungkan semula tujuh anggota utama yang telah membentuk identiti Exists. Peminat bakal menyaksikan gabungan Ajai, Shah, Ujang, Along, dan Musa bersama dua vokalis ikonik mereka, Mamat dan Ezad, berkongsi pentas yang sama.
Menurut Iman Tang selaku penganjur, konsert ini adalah satu "Anugerah" buat peminat setia kerana ia melibatkan kesemua ahli asal yang sudah lama tidak beraksi bersama dalam skala besar.
"Kami mahu mengingatkan peminat bahawa tidak kira berapa dekad pun telah berlalu, Exists tetap salah sebuah kugiran terbaik yang pernah lahir di Malaysia," – Iman Tang.
Nostalgia Lagu-Lagu 'Sing-Along'
Peminat boleh menjangkakan malam yang penuh emosi dengan lagu-lagu malar segar yang pastinya akan dinyanyikan bersama (sing-along). Daripada melodi yang menyayat hati dalam Mengintai Dari Tirai Kamar sehinggalah kepada lagu yang penuh semangat seperti Langkah Seiringan.
Maklumat Konsert & Harga Tiket
Bagi anda yang tidak mahu terlepas peluang menyaksikan momen bersejarah ini, berikut adalah butiran lanjut:
Tarikh: 1 Ogos 2026
Waktu: 8.30 Malam
Lokasi: Unifi Arena, Bukit Jalil
Tarikh Jualan Tiket: Bermula 30 April (11 Pagi) di Ticket2U
diwww.ticket2u.com.my/ExistsMori
Kategori Tiket:
Tiket dijual berdasarkan nama-nama lagu hits mereka:
RM228 (Untukmu Ibu)
RM288 (Mencari Alasan)
RM328 (Langkah Seiringan)
RM388 (Seperti Dulu)
RM428 (Rahsia Pohon Cemara)
RM488 (Percayakan Siti)
RM5,000 (Jesnita - Sofa Couple Seat)
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah Exists. Ayuh sama-sama kita raikan legasi muzik yang tiada galang gantinya ini!
SUKACITA,
AYIE.












Comments
Post a Comment