6 RESTAURAN BEST & SEDAP DI TERENGGANU & BENTONG VERSI KL EXPERIENCE & EXPLORE HUNT 2026!
Assalammualaikum & Salam Manis...
Selepas mengikuti kembara " KL Experience & Explore Hunt 2026 Journey to Terengganu " pada 16 hingga 19 Mei 2026 yang lalu, ini dia 6 restoran-restoran yang sedap dan harus singgah versi KL Experience & Explore Hunt 2026!
1- RESTAURAN UDANG GALAH LUBUK HANTU.
Dari namanya, restoran ini memang ada 'hantu'nya. Hantu itu pastilah dari masakan udang galah mereka yang sedap dan menyelerakan.
Sebuah restoran terkenal di Pahang yang menghidangkan masakan tradisional Melayu berasaskan udang galah segar. Terletak di Batu 2, Bentong, restoran ini masyur dengan masakan kampung seperti masak lemak dan lada hitam. Nama "Lubuk Hantu" merujuk kepada lokasi asal atau identiti unik tempat tersebut.
Menu Sambal Tumis Udang paling menjadi kegemaran Ayie. Isi udang yang segar dan manis buat Ayie tambah nasi. Memang sedap!
Tonton video di sini : https://vt.tiktok.com/ZSQrVDGoG/
Alamat: No. 33(90A) Betu 2 1, 2, Jalan Kuala Lumpur 28700 Bentong, Pahang
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari, jam 12:00 tengah hari hingga 11:00 malam
Tel: 017-9319830
2 - RESTORAN NASI DAGANG JEJANTAS.
Memang la kalau kita nak makan Nasi Dagang sedap gilerrr kena pergi ke tempat asalnya, Terengganu.
Ini antara Nasi Dagang yang sedap dan sesuai dengan selera Ayie.
Sebuah restoran sarapan pagi terkenal di Terengganu yang menyajikan hidangan tradisional seperti Nasi Dagang sebagai menu utamanya. Restoran Nasi Dagang Jejantas ini sering menjadi pilihan penduduk tempatan untuk sarapan pagi, menjadikannya antara lokasi yang popular di kawasan tersebut. la juga merupakan antara tempat pilihan yang sering dikunjungi oleh penduduk setempat.
Tonton video di sini : https://vt.tiktok.com/ZSQr4Pefx/
Alamat: 79-G, Jalan Hiliran, Kampung Tok Ku, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari (kecuali hari Sabtu) dari 7.30 pagi hingga 12:30 tengahari
Tel: 010-5767377
3 - RESTAURAN SINGGANG BUDU.
Ayie selalu dengar pasal masakan singgang ni cuma belum pernah makan. Akhirnya, merasa jugak la Ayie makan singgang yang sedap di negeri asal makanan ini.
Sebuah restoran yang merupakan port makan tengah hari yang paling popular di Kuala Terengganu bagi pencinta hidangan asli Terengganu. Restoran ini terkenal dengan suasana santai dan pilihan lauk-pauk yang sangat banyak lebih daripada 38 jenis hidangan kampung disediakan setiap hari.
Selain Singgang ikan, Ayie pertama kali juga makan perut goreng dan rasanya sedap dan sambal pencicahnya buat Ayie makan banyak perut goreng tu.
Waktu kami tiba di restoran pada tengahari, restoran ini dah penuh dengan pengunjung bukti restoran ini memang ramai pelanggannya.
Alamat: Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Tanjung Kapur, 20200 Kuala Terengganu
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari dari jam 10:00 pagi hingga 5:00 petang
Tel: 012-966 8584
4 - RESTORAN MARSHIMA TOMYAM SEAFOOD.
Sebuah restoran makanan Thailand dan Melayu yang popular di Kuala Terengganu. Kedai ini memang terkenal dalam kalangan penduduk setempat dan pelancong kerana servisnya yang pantas dan pilihan menu yang sangat banyak.
Masakan tomyam dan seafood di restoran ini tidak mengecewakan dan cukup rasa. Kami tiba, makanan dah siap terhidang panas2. Memang terbaik!
Alamat: Lot 12132, Kampung Banggui Tuan Muda, 21200 Kuala Terengganu
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari dari jam 4:00 petang hingga 2:00 pag
Tel: 011-1103 6617
5 - RESTAURAN NYIUR PANTAI SAUH CAFE.
Sebuah kafe tepi pantai yang popular untuk "healing" di batu Rakit, Terengganu. la menjadi tumpuan kerana pemandangan laut yang cantik, angin sepoi-sepoi bahasa, dan pelbagai pilihan snek tempatan. Antara hidangan yang sering mendapat pujian pengunjung iaitu Kopi Nyiur, Cucur Udang, Keropok Lekor, dan Roti Kapal.
Di kafe ini kami sempat buat aktiviti dan duduk santai di bawah pokok kelapa sambil menikmati minum petang. Oh, nikmatnya. Korang memang kena pergi sini.
Alamat: PT 102870 Pantai Sauh, 21020, Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari pada jam 8:30 pagi hingga 7:00 malam (tutup seketika untuk solat Jumaat sekitar jam 1:00 petang hinggan 2:00 petang
Tel: 012-509 7216
6 - RESTAURAN PIOR GANU.
Ini restoran makan tengah hari terakhir kami di Terengganu sebelum bergerak pulang ke Kuala Lumpur.
Restoran Pior Ganu di Kuala Terengganu merupakan antara lubuk masakan asli Terengganu yang popular dengan konsep lauk-pauk kampung dan sarapan pagi tradisional. Terletak di Kampung Bukit Kecil, restoran ini menawarkan lebih 60 jenis lauk yang menggunakan resipi asli "Ganu".
Menu kari kepala ikan antara yang paling sedap siap ayie bungkus bawa pulang. Hehehe...
Dekorasi restoran yang klasik dengan hiasan kain-kain batik yang cantik menambah selera makan di restoran ini.
Alamat: 1109, Jln Bukit Kecil, Kampung Bukit Kecil, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 010-883 8969
Waktu Operasi:
Sabtu - Rabu: 7:00 pagi - 11:30malam.
Jumaat: 7:00 pagi 11:30 malam (Rehat: 12:30 tengah hari2:30 petang).
Khamis: Tutup.
Hah! Dah tau kan beberapa restauran yang boleh korang cuba kalau ke Pantai Timur nanti. Apalagi, simpan baik-baik tulisan ni dan atur waktu untuk singgah makan di tempat-tempat makan sedap dan best ni. MESTI CUBA TAU!
Selamat Menjamu Selera!
SUKACITA,
AYIE.


















































Comments
Post a Comment