Visit Selangor Year 2026: Travel Fair Selangor Bakal Gegar Pasar Seni Julai Ini!
Assalammualaikum & Salam Manis...
Ada berita best untuk korang yang suka travel, mencari port percutian weekend, atau tengah plan short getaway bersama famili!
Baru-baru ini, Tourism Selangor telah menganjurkan majlis Media & Influencers Hi-Tea 2026 bertempat di Sunseed Green Wellness Bistro @ JAM PJ. Majlis santai ini diadakan khas bagi menghargai rakan media dan pencipta kandungan (content creators) yang tak henti-henti menyokong kempen pelancongan negeri Selangor.
Bukan calang-calang tau, kempen pelancongan Selangor makin mendapat tempat di hati pelancong!
π Selangor Makin Popular: 8.42 Juta Pelancong Pada 2025!
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Puan Chua Yee Ling, industri pelancongan Selangor menunjukkan pertumbuhan yang sangat memberangsangkan.
Berikut adalah beberapa angka menarik sepanjang tahun 2025:
π 8.42 Juta Ketibaan Pelancong telah direkodkan.
π²πΎ 68% Pelawat Domestik – Rakyat Malaysia sendiri memang suka explore Selangor!
π 32% Pelawat Antarabangsa – Tarikan luar negara yang sangat kuat.
π¨π³ China (24.1%), πΈπ¬ Singapura (13.4%), dan π²π¨ Indonesia (6.7%) menjadi penyumbang terbesar pasaran antarabangsa.
Bukan itu sahaja, kejayaan strategi pemasaran Tourism Selangor turut diiktiraf di peringkat kebangsaan apabila memenangi Anugerah Emas (Best Use of Content) di Malaysia Public Relations Awards 2025. Tahniah Tourism Selangor! π
π Port OOTD Baru: JAM PJ!
Majlis Hi-Tea kali ini diadakan di JAM PJ, satu destinasi gaya hidup alternatif di Petaling Jaya. Tempat ni memang vibes sangat—bukan sekadar lokasi kedai runcit atau ruang acara biasa, tapi gabungan kreativiti, budaya, dan kafe-kafe hipster di bawah satu bumbung. Memang port sesuai untuk korang yang nak lepak atau cari inspirasi seni!
π️ Save The Date: Travel Fair Selangor 2026!
Bagi korang yang tengah cari diskaun pakej percutian, tiket taman tema, atau hotel murah sekitar Selangor, jangan terlepas acara utama ini:
π️ Tarikh: 25 & 26 Julai 2026 (Sabtu & Ahad)
π Lokasi: Pasar Seni (Central Market), Kuala Lumpur
π₯ Jangkaan Pengunjung: 40,000+ Orang
πͺ Jumlah Pempamer: 35 Booth Pelancongan & Penginapan
Pameran edisi ketiga ini mendapat sokongan padu daripada Farm Fresh sebagai Penaja Utama & Rakan Strategik, berserta rakan industri lain seperti Batik Air, AVIS Budget Malaysia, Tourism Malaysia Wilayah Tengah, PADAT, dan Media Selangor.
"Sama ada korang peminat aktiviti outdoor, caving, ecotourism, mahupun staycation santai bersama keluarga, Travel Fair Selangor 2026 ada pelbagai tawaran menarik untuk semua!"
Jadi, jangan lupa set reminder dalam kalendar korang hujung minggu ni! Jumpa korang di Pasar Seni pada 25 & 26 Julai nanti! π✨
#takperlujauhselangorkanada
SUKACITA,
AYIE.






Comments
Post a Comment