KEMERIAHAN LOU SANG DI GIANT BUKIT TINGGI KLANG : SIMBOL PERPADUAN & REZEKI MELIMPAH!
Assalammualaikum & Salam Manis... Siapa kata Giant cuma tempat beli barang dapur je? Baru-baru ini, suasana di Giant Bukit Tinggi, Klang bertukar meriah sempena sambutan Tahun Baru Cina! Pada 6 Februari 2026, satu majlis Yee Sang Tossing telah diadakan dengan penuh gilang-gemilang sebagai simbolik kepada kemakmuran, keharmonian, dan kerjasama yang erat. Saksikan video kemeriahnya di Tiktok Ayie : https://vt.tiktok.com/ZSmJQ1CG3/ Majlis ini bukan sekadar tradisi, tapi ia merupakan cara GCH Retail Malaysia Sdn Bhd menghargai komuniti, rakan niaga, dan pihak berkepentingan yang selama ini menyokong mereka. Kehadiran Tetamu Kehormat Suasana makin berseri dengan kehadiran tokoh-tokoh penting, antaranya: YB Tuan Andy Chen (ADUN Pandamaran) Mr. Cheah Yong Hock (CEO GCH Retail Malaysia Sdn Bhd) Barisan pengurusan kanan GCH Retail, rakan media, influencer (KOL), serta rakan niaga dan penyewa premis. Lebih Daripada Sekadar Tradisi Menurut Puan Rebecca Phan ...