Posts

Showing posts from 2022

BUDAK API MOVEMENT : BUDAK - BUDAK BERMAIN API YANG BERANI DAN BERKEMAHIRAN TINGGI !!!

Image
ASSALAMMUALAIKUM  &  SALAM  MANIS..... Bermalam di Riverside Camp Gopeng untuk TOMER 2022 ( Tourism Malaysia Media Explore Race 2022 ) beberapa hari yang lalu telah memperkenalkan Ayie dengan BUDAK API MOVEMENT . Dengar dari namanya, adakah mereka ini budak-budak yang bermain api? Ya betul! cuma untuk lebih jelas, Budak Api Movement ialah sekumpulan pelagak tarian api yang berkemahiran tinggi, tangkas dan berani. Menggunakan element api sebagai konsep utama dalam persembahan mereka, setiap formasi koreografi pergerakan budak-budak ini sangat mengagumkan.   Menonton persembahan mereka memang best dan keheningan malam kami dihiasi cahaya cerah hasil dari pergerakan budak-budak api yang tangkas dan berani. Pusing-pusing dan lambung-lambung alatan api mereka memberi debaran dan jeritan teruja penonton dan ditambah dengan semburan-semburan api maka semakin hangat lah malam kami.   Nak lebih havoc, saja je seorang dua budak api ini buat semburan api dekat den...

ADA APA DENGAN MELLY? LIVE IN KUALA LUMPUR HADIAH PALING ' MEWAH ' UNTUK PECINTANYA DI MALAYSIA

Image
 ASSALAMMUALAIKUM   &  SALAM  MANIS.... Bernostalgia Bersama Ada Apa Dengan Melly? Ada Apa Dengan Melly? Tentulah yang bermain dalam fikiran peminatnya, beragam. Tidak mahu peminat hanya berimaginasi tentang Melly, Iman Tang bersama Icon Entertainment dengan penuh bangga membawakan Ada Apa Dengan Melly? Live in Kuala Lumpur sebagai sebuah kado (hadiah) paling 'mewah' dalam meraikan muzik dari Indonesia.. Memilih tanggal 3 Februari 2023 sebagai detik pertemuan dengan pencintanya di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre, Ada Apa Dengan Melly? Live In Kuala Lumpur juga adalah sebuah kembara seni 30 tahun yang akan divisualkan lewat konsert julung kali ini dari penghibur eksentrik bernama pentas Melly Geoslaw. Ironi, memperkenalkan Melly, cukup dengan sepotong ayat 'Ada Apa Dengan Cinta'. Seluruh peminat muzik yang lekas kembali mengait memori zaman 2002. Sebuah filem yang meledak dengan untaian hit dari tangan magis wanita bernama Melly ini membekas de...

MERAIKAN PENGGEMAR SENI DAN FOTOGRAFI MELALUI SELANGOR INTERNATIONAL TRAVEL PHOTOGRAPHY FESTIVAL

Image
  Assalammualaikum & Salam Manis.... SELANGOR, 14 November 2022 – Kerajaan Negeri Selangor, melalui agensi promosi pelancongan Tourism Selangor telah menganjurkan Selangor International Travel Photography Festival dari 12 hingga 13 November 2022, bertempat di UG Atrium,Paradigm Mall, Petaling Jaya. Sebagai salah satu usaha bagi mempromosikan destinasi pelancongan domestik di negeri Selangor, Selangor International Travel Photography Festival pada tahun ini telah mengumpulkan seramai 8,000- 10,000 pengunjung sepanjang Festival ini berlangsung dan telah menampilkan pelbagai aktiviti seperti pertandingan dan pameran fotografi, perbincangan dan pembentangan, persembahan kebudayaan, seminar dan banyak lagi. Yang Berhormat Tuan Hee Loy Sian, Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor, dalam satu kenyataan berkata, matlamat utama Festival pada kali ini adalah bagi memperkenalkan dan  mempertingkatkan lagi industri pelancongan Se...

SPLENDID SELANGOR FAMILY-FUN PHOTO HUNT 2022 - Memeriahkan SELANGOR INTERNATIONAL TRAVEL PHOTO FESTIVAL 2022.

Image
  Assalammualaikum dan Salam Manis.... Hari terakhir Selangor International Travel Photo Festival 2022 yang berlangsung selama 2 hari bermula 12 hingga 13 November 2022 di UG Atrium, Paradigm Mall, Petaling Jaya dimeriahkan lagi dengan aktiviti berkumpulan iaitu Splendid Selangor Family-Fun Photo Hunt 2022. Splendid Selangor Family-Fun Photo Hunt 2022  merupakan acara berkumpulan yang memerlukan peserta menjawab 8 soalan melalui gambar yang diambil di dalam Paradigm Mall dan membuat album foto di FB dan menghantar jawapan sebelum masa yang ditetapkan.  Ayie bersama seorang lagi rakan iaitu Kak Mieda turut mengambil bahagian dan beria-ria ambil gambar sana sini dalam Paradigm Mall berdasarkan klu yang diberi. Katanya perlu berpikir diluar kotak untuk menjawab soalan dan ambil gambar yang paling menarik dan terbaik. Tetapi apakan daya, kreativiti kami tak cukup dan teknik photografi masih lemah maka nak menang saguhati pun kami tak mampu... sedihhhhh... Takpe, sekurang-kura...